Sedang sampan fikiran terus meluncur di samudera saujana
seekor gagak bertenggek menyinggah di atasnya
lalu ia bersuara di dalam sanubarinya,
“Hai manusia yang berakal, kembalilah menghadap Tuhanmu, yang sedang menunggu di peterananya.
Sedarilah daripada lamunan panjangmu di tanah kudus yang telah dicemari dengan najis-najis Al-Kuffar.
Janganlah terus cendera di tengah-tengah ombak kemanusiaan yang hanyalah seperti anjing gersang.
Arahkanlah sejadahmu kepada kiblat dan bukannya menghala arah barat yang penuh kehitaman.
Kerana ia hanyalah satu pesawat yang akan membawamu menuju Jahannam.
Naikilah unta lemah Al-Islam yang akan menandumu ke arah haruman cempaka, setanggi dan kasturi.
Maka, persinggahan kalian semua tidak akan menjadi segelap tubuhku yang mengalami sumpahan sang Merak yang tiada bezanya dengan anjing Al-Kuffar.”
Gagak itu tiba-tiba hilang daripada penglihatan
kemudian kedengaran bunyi gemerencang.
Gagak itu telah terkena tembakan meriam manusia
sampan itu meluncur semakin laju di lautannya.
Khairool Haque, Pelajar dari Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang



