Sebuah Terbitan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Singapura

Isu Warna: Dinamiknya Bahasa Melayu Kita

Oleh M Saffri A Manaf

Pada pandangan saya, dalam arus globalisasi yang mengutamakan bahasa inggeris menjadi bahasa utama berkomunikasi, bahasa melayu masih terus berkembang dengan pesat sebagai satu bahasa yang dinamik dan moden. Penggunaan bahasa melayu terus utuh dan mantap mengikut rentak masa yang begitu cepat dan seringi dengan pekembangan teknologi canggih yang pesat maju, walaupun masih terdapat segelintir golongan muda mudi dan orang dewasa yang berpendidikan tinggi, yang lebih selesa bercakap dalam bahasa inggeris dengan rakan sejawat melayunya.

Penggunaan bahasa melayu yang terus utuh dan mantap hingga menjadi bahasa yang dinamik dan moden, adalah hasil usaha yang berterusan
dan berbagai kegiatan yang dilaksanakan berkaitan dengan bahasa melayu oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura, NIE, persatuan-persatuan Bahasa Melayu universiti-universiti di Singapura, Maktab-maktab rendah, pusat-pusat pengajian tinggi yang lain serta sekolah-sekolah menengah dan rendah. Belum termasuk lagi kegiatan semasa yang dilaksanakan oleh persatuan-persatuan seni setempat. Sehingga menarik minat dan penyertaan ramai para pelajar dan masyarakat bukan melayu. Tidak hairanlah jika bertambah jumlah para pelajar bukan melayu yang mengambil bahasa melayu sebagai bahasa kedua.

Usaha memertabatkan bahasa melayu di Singapura terbukti apabila pada tahun 1959 bahasa Melayu di istiharkan sebagai bahasa Kebangsaan Singapura. Pada tahun 1966 Sistem Pelajaran Singapura memperkenalkan dasar dwibahasa iaitu bahasa inggeris diajarkan sebagai bahasa pertama dan bahasa ibunda (Melayu, Mandarin,Tamil) pula sebagai bahasa kedua. Tujuanya ialah demi meningkatkan daya saing Singapura tetapi memastikan budaya dan tradisi penutur terpelihara menerusi penggunaan bahasa kedua.

Kita harus merasa bertuah kerana pihak Pemerintah melalui Kementerian Pelajaran dan Kementerian Perhubungan dan Kesenian sentiasa menyokong dan memberi bantuan dengan menawarkan berbagai skim terhadap usaha menyemarakkan kegiatan bahasa melayu saperti peraduan menulis cerpen, menerbitkan buku berbahasa melayu dan lain-lain lagi.

Mungkin usaha mempromosikan bahasa melayu kapada orang melayu sendiri terpaksa dilakukan terus dengan kegiatan yang lebih meluas, kerana hanya sikap dan rasa percaya diri seseorang bangsa melayu dan pengguna bahasa melayu itu sendiri yang dapat menentukan keberkesanan bahasa Melayu sebagai wahana komunikasi yang penting dalam dunia sekarang yang pesat maju. Semakin baik penguasaan seseorang itu terhadap kemahiran-kemahiran bahasa maka semakin tinggilah keupayaanya untuk berkomunikasi secara berkesan samada secara lisan, bacaan mahupun penulisan.

Dinamiknya bahasa melayu kerana istilah ‘Dinamik’ itu sendiri yang bermaksud ‘bertenaga dan berkekuatan, mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan.

Konsep ‘dinamik’ tersebut ialah penyesuaian yang dilakukan terhadap sesuatu yang ada, tanpa merubah intinya agar ia akan kekal relevan pada ketika pembaharuan itu dilakukan. Ini bermakna bahawa sesuatu yang sedia ada perlu terus dikekalkan dan digunakan sehingga ia tidak lagi berfungsi saperti beberapa istilah klasik yang tidak digunakan lagi. Namun demikian, ada istilah kuno yang masih digunakan sehingga hari ini kerana ia masih relevan. Kerelevanan ini disebabkan oleh pengguna bahasa yang terus menggunakanya. Dinamiknya bahasa melayu bukan kerana ia terus menyerap istilah asing dan membuang istilah melayu. Ia dinamik kerana ia mampu menerima dan menyesuaikan istilah asing agar selaras dengan bahasa melayu.

Sekian.

Tags:

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.