Sebuah Terbitan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Singapura

ISU WARNA- Makanan dan Warna

Pastinya anda pernah mendengar pepatah, “sebiji epal sehari menjauhkan diri dari doktor”. Bagaimana pula dengan buah-buahan atau sayur-sayuran yang lain? Yuk, mari kita sama-sama lihat bagaimana warna merah dan ungu memberi anda khasiat yang berlainan.

Buah-buahan berwarna Ungu

grapes.jpg

Sumber: http://www.cognitiveload.org/pasha/inspiration.htmlPurple and Blue Foods for Health

Mengikut kajian, buah-buahan seperti anggur dan sayur-sayuran seperti terung yang berwarna ungu dapat menolong memastikan kesihatan jantung, darah tinggi (blood pressure) dan masalah berat badan. Ini kerana adanya “anthocyanins” yang memberi makanan warna ungunya. “Anthocyanins” turut memanfaatkan kesihatan seperti yang disebutkan di atas.

Buah-buahan berwarna Merah

strawberry.jpg
Sumber: http://www.boxtedberries.com/produce/strawberries.jpg

Buah-buahan lain, khusunya epal merah juga berkhasiat kerana mengandungi “anti oxidant” yang dapat melawan masalah jantung, prostate kanser serta menurunkan kemungkinan menghidap masalah strok.

Kekacang dan buah-buahan seperti strawberi mempunyai sumber “folate” yang dapat menguatkan kesihatan jantung dan menolong wanita yang sedang mengandung. Strawberi juga mempunyai sumber Vitamin C yang dapat menguatkan imun sesorang.

Jadi, apa lagi yang ingin anda ketahui tentang warna dan khasiat? Untuk lebih maklumat yang lanjut, anda boleh melungsuri lelaman-lelaman web yang tertera di bawah.

http://www.webmd.com/food-recipes/features/red-foods-the-new-health-powerhouses

http://www.eatingwell.com/health/nutrition_watch/blue_purple_foods.html

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.