Keputihan yang Hitam

oleh: Adriyanni Amelyus, Y1 FASS

Dalam kegelapan malam

Tatkala nur hampir sirna

Dan harapan hampir musnah

Masih terdapat secebis ruang

Untuk memanjatkan doa agar didengar Ilahi

Agar nokhtah hitam

Yang terpalit tika saat kita bernadi

Boleh pudar

Dan pada bekas hitam itu

Akan diambil alih dengan putih susu

Yang sesuci, semurni dan seindah kain putih

Kendatipun keputihan itu tidak seputih keadaan asalnya

Sungguhpun ianya sudah tercalit dengan bekas si pendusta

Tidak bererti langsung keputihan itu akan tercemar menitiskan nanah

Yang hanyir, yang merah berbaur kekuningan

Kerana khilafnya dia

Adalah hidayat daripadanya.

Tentang Penulis

Fatimah