Ramai yang melancong ke luar negara manakala ada pula yang menghabiskan masa cuti sekolah di Singapura. Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk melancong, masih ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Salah satu aktiviti yang disertai oleh penulis Akudeta, Nazeera Sulaimi, adalah menghadiri konsert ‘Click 5′ yang baru sahaja berlalu.
Oleh Nazeera Sulaimi

Ketibaan kumpulan pop-rock ‘The Click Five’ pada 1 June kelmarin di stadium tertutup Singapura sudah pasti dinanti-nantikan oleh para peminat mereka di sini. Apakan tidak, kumpulan pop ini yang dianggotai oleh lima jejaka yang tampan, bergaya dan berbakat iaitu Kyle Patrick (vokal dan gitar), Joe Guese (gitar), Ethan Mentzer (bass dan vokal), Ben Romans (keyboard dan vokal) dan Joey Zehr (drum dan vokal)amat diminati oleh ramai di sini. Pernah dinobatkan sebagai “Band of the Year” pada tahun 2007 oleh stesen radio tempatan, 987FM, penulis pasti ramai yang berebut untuk mendapatkan album terbaru mereka “Modern Minds and Pastimes” serta tiket-tiket untuk konsert June ini.
Berkonsepkan genre muzik “power-pop” dan rock,kumpulan Click Five yang berasal dari Boston dan ditubuhkan pada tahun 2003,bukanlah kumpulan yang asing lagi di Asia.Malah,sebahagian besar dari peminat mereka datang dari negara-negara Asia seperti Singapura, Malaysia,Indonesia dan Jepun dan kedatangan mereka ke Singapura kali ini merupakan kali yang keempat!
Penulis berkesempatan untuk ke konsert ini secara kebetulan kerana mendapat tiket percuma dari teman baik penulis yang telah memenangi tiket-tiket tersebut. Kalau ikutkan hati, penulis tidak berminat untuk menyaksikan persembahan kumpulan pop ini yang menjadi kegilaan dan pujaan gadis-gadis muda yang kebanyakannya berumur dalam lingkungan belasan tahun. Maklumlah, segan juga penulis untuk berdiri bersama peminat-peminat muda yang dikenali sebagai ‘teenyboppers’ itu dan melompat sana-sini!
Setibanya di stadium, penulis dapati bukan “teenyboppers” sahaja yang telah berkumpul untuk menyaksikan konsert itu. Hilang dengan serta-merta segan-silu penulis apabila melihat ramai diantara lautan peminat itu juga merupakan peminat dari semua lapisan umur.
Lagu ” Flipside” yang menjadi lagu pembukaan konsert menghidupkan suasana stadium yang sudah jemu menunggu kemunculan Kyle Patrick dan gengnya. Konsert bermula lewat seperti yang dijangkakan dan para peminat terpaksa menunggu selama dua puluh minit.Namun,ia merupakan penungguan yang tidak merugikan! Pembukaan tirai konsert itu dengan secara langsung membuat stadium bergegar dengan pekikan ribuan peminat yang melompat-lompat di mosh pit, dimana penulis berada!
Nasib penulis baik kerana mendapat tiket dimana penulis dapat melihat dengan jelas segala yang berlaku di atas pentas. Kyle Patrick yang tinggi lampai, dengan vokalnya yang mantap dan senyuman berlusum pipit itu menjemput sorakkan yang terkuat dari semua pelusuk stadium.

Kyle, yang telah mengganti tempat penyanyi utama kumpulan Click 5,Eric Dill pada November 2006 lalu, dikatakan telah membawa kumpulan ini ke tahap yang lebih tinggi dan ini disahkan dengan reaksi peminat-peminat di sekeliling penulis. (Sehingga ada yang pengsan tau! Tsk tsk!)
Ben Romans,pemain keyboard yang telah menulis kebanyakan lagu di dalam album mereka itu, membuat ramai tertawa dengan aksi-aksi lucu dan peliknya seperti melompat-lompat di pentas dan menggelekkan punggungnya ke sana- sini. Joe Guese,pemain guitar utama Click 5,kelihatan seperti dirasuk dan berada dalam dunia sendiri dengan guitarnya namun tetap berjaya mencungkil tepukan yang gemuruh dari stadium.Ethan Mentzer dan Joey Zehr pula tidak kurang dengan aksi mereka tersendiri.
ETHAN MENTZER DAN SESI ROCKNYA!
Kelima-lima pemuzik yang kesemuanya pernah menjadi mahasiswa kolej muzik berprestij Berklee tidak menjemukan sesaat pun dengan persembahan solo mereka sewaktu pertengahan konsert tersebut.

AKSI BEN ROMANS DI ATAS PENTAS
Kumpulan pop-rock ini bijak memilih lagu daripada album mereka bagi menghidupkan konsert.Lagu-lagu popular mereka dari album “Modern Minds and Pastimes” seperti “Happy Birthday”, “Jenny” dan ” Empty” membuat ramai yang ikut menyanyi dan bergemalah satu stadium dengan suara-suara peminat mereka. Kebanyakan lagu daripada album mereka kali ini seperti “When I’m gone” ,”Addicted to Me” berbeza daripada album pertama mereka,”Greetings from the Imrie House”.Kali ini penulisan lirik dan lagu mereka yang lebih bermakna serta vokal Kyle Patrick yang berbeza,membawa sedikit elemen kematangan kepada lagu-lagu mereka .
Ingin mengetahui kata-kata pengkritik mengenai Click 5 dan apa terjadi apabila penulis diberikan peluang untuk sesi temu ramah dengan geng Click Five?? Jangan terlepas mengikuti liputan selanjutnya di bahagian kedua..








