Kehangatan Tahun Lalu

Jika dalam edisi Lensa Kampus yang lalu kita meninjau langkah-langkah yang diambil masyarakat NUS untuk menangani kepanasan suhu bumi yang meningkat, Lensa Kampus kali ini pula akan menyingkap kembali beberapa aktiviti panas lagi meletup yang telah dianjurkan oleh PBMUKS sepanjang tahun akademik yang lalu.

Pesta pantun 2008

Pertandingan pantun tahunan untuk para pelajar pos-menengah tahun ini telah diadakan di dewan istana, Taman Warisan Melayu bermula Jun lalu. Dengan adanya pertandingan ini generasi muda dapat didedahkan lagi kepada budaya berpantun secara spontan yang sememangnya jarang dilihat hari ini.

Selain itu, sebuah bengkel pantun juga telah diadakan untuk memberi tips untuk pertandingan pantun serta untuk para peserta saling mengenali antara satu sama yang lain.

Gambar-gambar daripada http://pestapantun.multiply.com/ dan http://pestapantun08.wordpress.com/

Jangan lepaskan peluang untuk meninkmati keindahan seni berpantun dengan menyaksikan Institut Millennia, Maktab Rendah Anderson dan Madrasah Wak Tanjong berbalas pantun di peringkat akhir pertandingan ini pada 12 Julai ini di Taman Warisan Melayu.

Perkampungan bahasa PB08

Satu lagi acara tahunan anjuran PBMUKS yang meriah lagi menarik. Kali ini, kem tiga hari ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar menengah satu dan dua kepada dunia berbilang media. Aktiviti-aktiviti menarik telah dilakarkan untuk memberi para peserta kem pengalaman menikmati suasana ‘dibalik tabir’ seperti menemuramah artis jemputan, Sleeq, pembikinan filem pendek serta melakonkan sketsa.

Gambar-gambar daripada http://suliwuli.multiply.com/photos/album/16/Perkampungan_Bahasa_2008 http://nomoreaddress.blogspot.com/
http://akudeta.multiply.com/calendar/item/10002/Perkampungan_Bahasa_2008

Karnival Mega 2008

Karnival tiga hari yang cukup meriah ini menggabungkan acara-acara budaya, hiburan dan membeli-belah ini adalah anjuran bersama PBMUKS, Mendaki , Muhammadiyah dan Taman Warisan Melayu. Para pengunjung dapat menikmati pelbagai juadah seperti nasi briyani dan satay sambil menonton persembahan para pemusik setempat secara live seperti Sleeq, Jeda dan Didicazli serta persembahan tarian tradisional. Selain itu, majlis pelancaran majalah alam maya AKUDETA juga telah dilangsungkan sempena karnival tersebut.

Nantikan acara-acara menarik lagi meletup anjuran PBMUKS sepanjang tahun akademik ini. Jangan lepaskan peluang untuk menyambil bahagian dalam acara-acara ini dan bersedia untuk bergembira dan berhibur sambil menimba pengalaman berharga!

Tentang Penulis

Amira