Sumber: http://farm2.static.flickr.com/1337/972506214_f318fc80ed.jpg?v=0
Babak Satu
Cikgu Hassan sedang mengendalikan sebuah kelas latihan jasmani. Murid-murid di suruh baring dan mengangkat kaki mereka ke arah langit dan melakukan senaman mengayuh. Sedang semua murid mengayuh, Cikgu Hassan perasan bahawa Ramli, salah seorang murid, tiba-tiba sahaja berhenti mengayuh. Cikgu Hassan lalu menegur Ramli.
Cikgu Hassan: Ramli, kenapa tiba-tiba sahaja kamu berhenti mengayuh?
Ramli: Oh Cikgu, basikal saya sedang turun bukit ni. Takkan turun bukit pun mesti kayuh..
Babak Dua
Cikgu Hassan sedang mengajar Bahasa Melayu di dalam kelas sejurus selepas latihan jasmani.
Cikgu Hassan: Ramli, cuba kamu bina sepotong ayat menggunakan perkataan tepung.
Ramli: Baik Cikgu. Ayatnya ialah, Ibu sedang membuat kek di dapur.
Cikgu Hassan: Eh Ramli, dimana perkataan tepungnya?
Ramli: Oh. Tepung kan ada di dalam kek itu Cikgu. Cikgu tidak pernah lihat orang buat kek ke?
Babak Tiga
Cikgu Hassan sambung mengajar kelas Sains pula.
Cikgu Hassan: Johari, cuba terangkan kepada kelas apakah tugas akar pokok pisang?
Johari: Untuk mencari makanan, Cikgu.
Cikgu Hassan: Bagus! Sekarang giliran Siti pula. Apakah tugas batang pokok pisang?
Siti: Untuk membawa makanan yang dicari akarnya ke seluruh bahagian pokok, Cikgu.
Cikgu Hassan: Bagus! Sekarang giliran Ramli pula. Apakah tugas daun pisang?
Ramli: Oh ini senang sekali. Untuk membungkus Nasi Lemak, Cikgu.
Cikgu: Ini lagi bagus.. berdiri di belakang kelas sampai habis waktu..
Babak Empat
Sejurus selepas lonceng tamat sekolah berbunyi dan murid-murid bersiap sedia untuk pulang, Cikgu Hassan bertanya kepada murid-muridnya.
CIkgu Hassan: Siapa mahu masuk atau pergi Syurga?
Semua murid-murid mengangkat tangan kecuali Ramli dan Cikgu Hassan pun bertanya kepada Ramli.
Cikgu Hassan: Ramli, kenapa awak tidah mahu masuk atau pergi Syurga?
Ramli: Sebenarnya Cikgu, bukan saya tidak mahu tetapi ibu saya pesan selepas sekolah, mesti pulang ke rumah terus.. jangan pergi kemana-mana..





Sungguh menghiburkan.
Elok diselitkan senda gurauan yang memberi pengetahuan dan budi-pekerti serta sopan-santun budaya kita orang2 timur.
Terima Kasih atas pandangan saudara. Akan kami pertimbangkan untuk isu seterusnya, insyaallah.