Cinta itu warnanya apa?
http://taufik79.wordpress.com/2008/04/04/
Ada yang menyatakan
Cinta itu merah warnanya
Kerana merah lambang hati
Dan cinta itu lahir tulus dari hati
Ada yang menyatakan
Merah jambu itu warnanya
Kerana merah jambu warna bunga
Dan cinta itu semekar dan secantik bunga
Ada pula menyatakan
Cinta itu warnanya putih
Kerana putih lambang kesucian
Dan cinta itu suci tanpa noda
Aku pula menyatakan
Cinta itu biru warnanya
Kerana biru itu lambang kesedihan
Dan cinta itu merampas kebahagiaan
Aku pula menyatakan
Kelabu itu juga warnanya
Kerana kelabu itu lambang kekaburan
Dan cinta itu tiada kepastian
Aku pula menyatakan
Cinta itu warnanya hitam
Kerana hitam itu lambang kegelapan
Dan cinta itu merampas cahaya daripada senyuman.





