Assalamualaikum w.r.b,
Cuti sekolah penggal kali ini hampir sampai ke penghujungnya. Semoga para mahasiswa serta para pelajar setempat telah meraih manfaat daripada cuti penggal ini. Dalam isu ‘Meletup’ kali ini, Akudeta mengupas fenomena-fenomena yang dianggarkan akan mejadi tren akan datang. Antara isu yang akan dikupas termasuk pergolakan arena politik Malaysia, kehidupan seharian yang terjejas ekoran kenaikan harga minyak, serta kadar kelahiran yang semakin meninggi.
Di antara artikel-artikel yang menarik: (sila ketik untuk membaca artikelnya)
- Inflasi, satu letupan bagi mahasiswa?
- Pergolakan Politik Malaysia Bahagian Satu dan Bahagian Dua
- Bolehkah kadar kelahiran sentiasa meletup?
serta banyak lagi artikel di segmen-segmen yang lain.
Sampai ketemu lagi di isu yang akan datang.
Salam Sayang,
Editor.



