Iftar Ukhuwah

oleh Siti Nur Ida Mohamed Ali

Sejenak kita fikirkan,apakah tujuan iftar?

Adakah ia hanya untuk berbuka puasa atau ia satu cara untuk mengeratkan lagi perhubungan sesama manusia?

Iftar Ukhuwah telah dianjurkan untuk mahasiswa-mahasiswi NUS yang beragama Islam. Ukhuwah yang bererti persahabatan telah kami sebulat suara setuju untuk dijadikan nama iftar kami kali ini.
Ia diadakan di Kediaman Prince George Park. Ia berlangung pada hari Rabu, 10 September 2008 di Dewan 5.

Ia merupakan usaha ahli jawatankuasa yang baru untuk menerajui kumpulan jawantkuasa untuk aktiviti ini. Ini sekaligus membuka tirai deretan aktiviti-aktiviti bagi tahun 2008/2009.

Antara komen-komen memberangsangkan ialah tersedianya pelbagai juadah yang disediakan yang sekaligus membuka selera mahasiswa-mahasiswi NUS yang sempat hadir ke majlis ini. Ia hasil kerja keras ahli jawatankuasa yang sibuk berlari-lari meninjau gerai-gerai makanan yang terdapat di semua fakulti.

Marilah kita meninjau kenangan-kenangan Iftar Ukhuwah 2008.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan sejuta terima kasih kepada mereka yang hadir, penaja yang sudi membekalkan kami juadah-juada yang enak-enak belaka, ibu bapa yang sudi menyediakan kelengkapan-kelengkapan seperti kurma.

Semoga persahabatan yang terjalin sewaktu iftar Ukhuwah akan berkekalan selamanya.

Tentang Penulis

Siti Nur Ida Binte Mohamed Ali Seorang yang optimis dan selalu berpandang ke hadapan. Menulis merupakan suatu yang sudah sebati dalam diri saya mentelah lagi, saya merupakan penulis sambilan bagi kelab obor di bawah didikan Cik Haryani Ismail. Tetapi, saya merasakan bahawa masih banyak yang harus saya pelajari kerana dunia penulisan amat luas. Saya gemar mencuba sesuatu yang baru kerana dengan cara itu, saya dapat menduga sejauh mana kemampuan saya. Prinsip saya dalam hidup ialah untuk tidak pernah sekali-kali berputus asa walaupun rintangan datang setinggi gunung sekalipun.