Konsep ‘pencemaran bahasa’ mencemarkan bahasa itu sendiri?

oleh Farah Nadia Jamalludin

Kita sudah biasa mendengarkan keluhan ahli bahasa, para guru dan yang tahu-menahu, mengenai anak-anak muda yang dituduh mencemarkan bahasa. Saya akui, mungkin ada beberapa aspek bahasa yang saya anggap sudah ‘rosak’, apabila dicampuradukkan dengan bahasa lain, tatabahasa ditunggang-terbalikkan, nahu bahasa tidak dihiraukan, tertib bahasa hilang sama sekali.

Pada sebuah perjumpaan para pelajar-pemimpin dari institut-institut pengajian tinggi kelamarin, Encik Yatiman Yusof telah mengatakan bahawa adat dan tertib budaya Melayu seperti adat sopan dan sebagainya, yang terkandung dalam bahasa seharian kita, dengan perlahan, lenyap dengan penghakisan penggunaan Bahasa Melayu. Dengan berbahasa kepada ayah dengan kata nama ganti diri ‘I’ dan ‘you’, hilanglah rasa hormat dan segan apabila membahasakan diri dengan ‘saya’ dan ‘ayah’.

Saya setuju dengan pendapatnya, tetapi apa yang menjadi masalah pada pencerakinan konsep ‘pencemaran bahasa’ pada saya, adalah sejauh mana sistem mengambil masuk perkataan dari bahasa lain itu, dianggap sebuah tindakan merosakkan?

Image and video hosting by TinyPic
(sumber: http://www.shagadelica.net/wp-content/uploads/2006/04/pollute-malay.jpg)

Seyogia dimaklum bahawa Bahasa Melayu telah dibina dengan pengaruh zaman-zaman dan tamadun-tamadun yang lalu.

Berikut adalah peratusan kosa kata yang dipinjam atau disadurkan dari bahasa lain, yang terdaftar pada Dewan Kamus Edisi Kedua. (Maklumat telah didapatkan melalui sebuah makalah yang diterbitkan di alamat berikut:

Bahasa Pinjaman

Jumlah Perkataan yang Dipinjam

Peratus (100%)

Inggeris

2, 381

23.7

Arab

1, 791

17.8

Jawa

1, 482

14.5

Belanda

1, 387

13.8

Minangkabau

1, 003

10.0

Jakarta

    920

  9.1

Sanskrit

    490

  4.9

Cina

    188

  1.9

Sunda

      90

  0.9

Portugis

      83

  0.8

Parsi

      81

  0.8

Tamil

      57

  0.6

Hindu

      57

  0.6

Jepun

      16

  0.2

Lain

      36

  0.4

 

Untuk memastikan samada perkataan yang ingin kita serapkan dan lazimkan dalam Bahasa Melayu hari ini tidak bertimbal-balik dengan perkataan yang sudah ada, hendaklah kita kaji, samada melalui kamus, ‘thesaurus’, mahupun dengan bertanya pada yang lebih arif.

Mengenai menerima pengaruh bahasa lain ke dalam bahasa ibunda kita, pada saya, kita harus berpegang kepada prinsip ‘buang yang keruh, ambil yang jernih’. Jika sesuatu perkataan itu dapat membantu penutur Bahasa Melayu dalam memenuhi tuntutan zaman, ia mungkin suatu yang baik.

Seperti semua pengaruh dari negara asing yang bersifat kebudayaan; dari soal pakaian, makanan, nilai-nilai moral dan sebagainya, hendaklah kita pandai menilai, mana yang perlu, mana yang tidak, mana yang baik, mana yang bukan. Usah kita cepat menuduh seseorang atau suatu golongan itu sebagai merosakkan bahasa kerana sesungguhnya Bahasa Melayu yang ingin kita kekalkan, juga telah dipengaruhi Bahasa-bahasa lain.

Tentang Penulis

Siti Nur Ida Binte Mohamed Ali Seorang yang optimis dan selalu berpandang ke hadapan. Menulis merupakan suatu yang sudah sebati dalam diri saya mentelah lagi, saya merupakan penulis sambilan bagi kelab obor di bawah didikan Cik Haryani Ismail. Tetapi, saya merasakan bahawa masih banyak yang harus saya pelajari kerana dunia penulisan amat luas. Saya gemar mencuba sesuatu yang baru kerana dengan cara itu, saya dapat menduga sejauh mana kemampuan saya. Prinsip saya dalam hidup ialah untuk tidak pernah sekali-kali berputus asa walaupun rintangan datang setinggi gunung sekalipun.