oleh Ilsa Tari
NUS Ilsa Tari membawakan anda sebuah persembahan tarian bertajuk “Buih Buih Sabun- Patah Tumbuh Hilang Berganti”
Tarkh: 28 Disember 2008, Ahad
Masa: Jam 8 Malam
Tempat: Pusat Budaya Universiti (UCC)
Tiket berjumlah $10, $14 dan $16, tidak termasuk $1 bayaran SISTIC
“Perubahan itu merupakan sesuatu yang tetap. Seperti yang diketengahkan lagenda klasik Hang Tuah, tradisi amatlah penting bagi orang Melayu dahulu kala. Namun begitu, kita haruslah bersikap terbuka apabila terjadinya sesuatu perubahan. Umpama buih-buih sabun yang terapung, perubahan adalah stabil dan juga elastik, namun ia tidak mampu bertahan lama tanpa sokongan. Sejarah itu telah mengalami segala macam perubahan kerana ianya sentiasa akan ada, senantiasa tetap.”
Buih-buih sabun – patah tumbuh hilang berganti mengetengahkan isu yang penting kepada masayrakat Melayu umumnya. Amatlah mudah untuk menerima seadanya tradisi dan juga segala yang disampaikan oleh nenek moyang kita tanpa menyoal apa-apa pun. Namun, sebaiknya kita belajar menerima perubahan hinggakan sekarang ini, kita tidak mampu lari dari perubahan yang datang melimpah-ruah.
Sebaiknya, kita menerima perubahan dan menyuaikannya dengan diri sendiri. Perkara ini tergantung kepada diri masing-masing.
Namun, seperti mana perubahan itu boleh mendatang, ia juga boleh hilang begitu sahaja. Tanpa usaha untuk melanjutkan sesuatu perubahan, ia akan berhenti berubah dan kemudiannya, balik kepada asal semula. Buih buih sabun umpama perubahan, walaupun timbulnya ramai-ramai, akhirnya akan hapus juga semuanya jika tiada perlindungan diberi. Begitulah juga dengan perubahan, yang hanya mampu lesap di dunia sekiranya tiada jati diri.
Dengan menggunakan konsep-konsep tradisional seperti lagenda Hang Tuah dan Hang Jebat serta sains di sebalik ciptaan buih, Buih-buih Sabun ingin menyampaikan kepada kaum Melayu jelata akan pentingnya menerima, mengubah dan mendukung perubahan, kerana perubahan adalah pemalar baru, dan tiada yang dapat mengubah hakikat itu.




