Kem Usahawan Muda

oleh Maryam Anuar

Image and video hosting by TinyPic

Sumber: http://www.the-directory.org/images/Business%20&%20Economy.jpg

Kem Usahawan Muda adalah suatu gabungan inisiatif Persatuan Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Singapura (PBMUKS) dan Persatuan Budaya Melayu dan Muslim Institusi Pengurusan Singapura(SIM MCMS) bagi menolong belia yang kurang bernasib baik dengan menagajar dan melengkapi diri mereka dengan kemahiran keusahawanan. Kem dua hari satu malam ini akan diadakan di Masjid Sultan pada 24 dan 25 Januari 2009.

Ia bertujuan menanamkan sikap positif terhadap perniagaan dalam diri peserta dan mengeratkan lagi ukhwah yang telah sedia ada sesama sendiri melalui akitivi-aktiviti interaksi. Akitiviti-aktiviti yang disertai akan dapat memanfaatkan peserta dan memberi mereka pengalaman belajar yang menyeronokkan. Peserta akan diajar cara membina idea perniagaan mereka melalui pelan yang teratur Sesi motivasi akan dilakukan oleh pakar motivasi dan juga seorang ahli perniagaan terkemuka, Abang Abu.
Inisiatif sebegini dapat membantu masyarakat membuat penyesuaian bagi menghadapi perubahan dalam sektor ekonomi yang pesat berlaku disebabkan penyejagatan di abad ke-dua puluh satu ini. Mentelah lagi, sedang dunia menghadapi kemelut ekonomi yang buruk, ilmu pengurusan wang dan sikap berani mengambil risiko menjadi lebih penting. Anjakan paradigma harus berlaku untuk memastikan penghalaan ke arah masyarakat yang progresif dan mampu bertahan apabila dihadapi kesusahan.

Tentang Penulis

Siti Nur Ida Binte Mohamed Ali Seorang yang optimis dan selalu berpandang ke hadapan. Menulis merupakan suatu yang sudah sebati dalam diri saya mentelah lagi, saya merupakan penulis sambilan bagi kelab obor di bawah didikan Cik Haryani Ismail. Tetapi, saya merasakan bahawa masih banyak yang harus saya pelajari kerana dunia penulisan amat luas. Saya gemar mencuba sesuatu yang baru kerana dengan cara itu, saya dapat menduga sejauh mana kemampuan saya. Prinsip saya dalam hidup ialah untuk tidak pernah sekali-kali berputus asa walaupun rintangan datang setinggi gunung sekalipun.