Pendewasaan

Oleh Kamielah

Image and video hosting by TinyPic

Sumber: http://ismadi-santoso.com/?p=75

Buaian yang diayun bayu
Tawaan terngiang di telinga
Berpaut kepada ibu
Keinginan yang sederhana
Tiada yang membelenggu
Harapan yang dipengaruhi usia muda

Kini kupu-kupu telah dilepaskan
Keluar jendela
Kehidupan telah didewasakan

Ketidaksabaran membengkak
Kesopanan dihakis
Perlumbaan kebiadaban menjadi lumrah

Harapan membesar
Masa dikejar tanpa henti
Keutamaan sudah bertukar ganti

Usia membawa perubahan
Usia menggalak perubahan
Usia mempengaruh perubahan

Wanita Zaman Ini (Aladin Mohamad)

Wanita zaman ini
Tak berasa perlu bersuami
Taraf kehidupan mereka kini sudah tinggi
Mereka begitu mampu hidup berdikari.

Wanita zaman ini
Lebih bahagia hidup sendiri
Perkahwinan bagi mereka membatasi
Pergerakan diri
Dan segala aktiviti peribadi
Bahkan memperjudi
Nasib diri
Di tengah kehidupan lelaki.

Aladin Mohamad mula menulis semenjak tahun 1970, dan puisi-puisinya tersiar dalam pelbagai akhbar dan majalah-majalah, termasuk majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau telah dipilih sebagai penerima Anugerah Penulis Aktif PENAMA pada tahun 1985.

Walaupun bukan penyajak yang paling termasyur di dunia sasterawan, puisi Aladin Mohamad, yang menggunakan diksi yang senang difahami dan seringkali membawa pengajaran untuk pembaca, selalu menyentuh isu-isu yang moden dan yang boleh dijiwai pembaca.

Sajak ‘Wanita Zaman Ini’ mempamerkan perubahan pemikiran wanita yang dibawa arus kemodenan, dan ia boleh menjadi ikhtibar kepada kita. Adakah konsep perkahwinan itu akan terus ditenggelami perubahan zaman?

Tentang Penulis

Siti Nur Ida Binte Mohamed Ali Seorang yang optimis dan selalu berpandang ke hadapan. Menulis merupakan suatu yang sudah sebati dalam diri saya mentelah lagi, saya merupakan penulis sambilan bagi kelab obor di bawah didikan Cik Haryani Ismail. Tetapi, saya merasakan bahawa masih banyak yang harus saya pelajari kerana dunia penulisan amat luas. Saya gemar mencuba sesuatu yang baru kerana dengan cara itu, saya dapat menduga sejauh mana kemampuan saya. Prinsip saya dalam hidup ialah untuk tidak pernah sekali-kali berputus asa walaupun rintangan datang setinggi gunung sekalipun.