Oleh Adriyanni Amelyus
“The only constant is change, continuing change, inevitable change, that is the dominant factor in society today. No sensible decision can be made any longer without taking into account not only the world as it is, but the world as it will be”- Isaac Asimov
Ramai di antara kita sudah tentunya terdengar akan frasa “change is the only constant”. Perubahan itu boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja tanpa diduga. Hanya individu yang mahir mengadaptasikan dirinya dengan situasi yang kerap kali berubah secara mendadak yang boleh menjamin penakatannya dirinya di jagatraya.
Sungguhpun arus globalisasi banyak membawa kesan yang positif kepada negara-negara di seantero dunia, khususnya untuk mereka yang mempunyai urusan perdagangan di antara satu sama lain, namun tatkala sesuatu yang buruk terjadi kepada sebuah negara, negara-negara lain turut terpaksa menelan pahitnya.
Disebabkan krisis kewangan yang melanda Amerika Syarikat baru-baru ini, gegaran krisisnya turut terasa di Singapura. Banyak syarikat terpaksa membuang pekerja dalam prakarsa untuk memotong kos, ada pula pekerja yang tidak dapat menikmati bonus tahunan seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Banyak pelan-pelan syarikat tergendala dan ada juga yang terpaksa diisytiharkan muflis. Sebagai individu, kita terpaksa ‘mengikat’ perut dan mengecilkan perbelanjaan seharian untuk mendapatkan barangan keperluan sahaja.
Berlatarbelakangkan krisis ini, warga dunia tentu akan lebih sedar akan hakikat bahawa perubahan merupakan satu-satunya faktor yang pasti di marcapada ini. Tidak wujud lagi istilah iron rice bowl, di mana seseorang individu itu akan terjamin mata pencariannya sehingga tiba detik bersara.
Bagi siswa-siswi yang akan melangkah ke alam pekerjaan tidak lama lagi, prospek pekerjaan tentunya tidak begitu cerah jika mahu dibandingkan dengan tahun-tahun yang lalu. Siswa-siswi pada masa kini harus lebih cerdas, mahir membina rangkaian sosial dan bijak menggarap peluang pekerjaan. Sememangnya, rezeki tidak akan datang bergolek dengan begitu sahaja.





Salam semua.
Kepastian perubahan adalah satu wadah yang bukan baru tetapi ia sememangnya berada sejak berzaman-zaman.Cuma kita tidak dimengenalpasti dengan lebih dekat lagi ketika itu.Mungkin sikap orang dahulukala ‘acu tak acu’ yang membuat perubahan tersebut terjadi begitu saja sekaligus ia tidak menjadi suatu yang ‘tergendala’ atau terjejas dalam hidup mereka.Mungkin ketika itu, mereka tidaklah kejar mengejar masa, waktu, wang, kelulusan sekolah atau pun kerja mahupun kedudukkan status.
Keadaan sekarang sungguh berbeza dengan adanya sikap ‘kiasu’(takut kalah),mahu melawan antara satu sama lain dengan cara apapun dan kadangkala berani menipu diri sendiri untuk mendapatkan ganjaran berbaloi.
Apakah perkara yang membuat perubahan kehidupan manusia sampai menjadi kelam kabut?
Adakah sebab,semangat cara hidup tamak dikalangan kita meningkat dimana kita tidak mampu menanggani sehingga pencarian nafkah tidak menjadi lazim terjamin lagi halal.
Adakah sistem yang ada sekarang tidak berkesan ataupun lapok ditelan zaman?
Nah, inilah persoalan-persoalan yang patut kita terokai sebelum kita ‘rabun buta’ apa yang benar-benar sedang berlaku.
Walaubagaimanapun,saya perihatin dengan keadaan siswa-siswi kita pada masa mendatang dalam perjalanan hidup masing-masing.Nasihat saya adalah,ambil iktibar untuk belajar menjadi manusia yang berguna dengan cara yang lazim dibuat oleh orang-orang yang terdahulu dari kita dimana mereka tahu batasan halal-haram segalanya.
Wassalam.