Perubahan

Oleh Adriyanni Amelyus

Para pembaca yang budiman,

Image and video hosting by TinyPic

Sumber: http://blog.foreignpolicy.com/files/images/080211_change.jpg

Bertemu kita sekali lagi untuk edisi AKUDETA buat bulan Januari ini. Hanya kurang lebih dua minggu yang lalu, ramai di antara kita yang sibuk mengalu-alukan kedatangan tahun baru yang mungkin mempunyai makna yang berlainan untuk setiap individu.

Ada yang meninggalkan tahun yang sebelumnya dengan rasa kesal dan hiba serta harapan bahawa tahun 2009 bakal membawa bibit-bibit yang lebih manis di dalam kehidupan mereka. Ada pula yang cukup gembira dengan pencapaian masing-masing sepanjang tahun 2008 dan melangkah ke tahun seterusnya dengan cita-cita yang lebih menggunung lagi.

Image and video hosting by TinyPic

Sumber: http://i174.photobucket.com/albums/w110/monika7777/Peace/change-1.jpg

Justeru, artikel-artikel yang telah kami sajikan buat bulan ini banyak berkisar tentang tema perubahan. Kita tentunya sudah mendengar istilah perubahan atau change diutarakan sepanjang kita bernadi. Presiden Obama (dan ramai ahli politik sebelumnya) menggunakan retorika perubahan untuk kempen masing-masing, pemerintah kita menasihati rakyat supaya mengubah gaya hidup agar tidak terlalu terjejas oleh krisis kewangan sedunia dan kita sering bergelut dengan dilemma seharian samada ingin mengubah sesuatu pilihan untuk alternatif yang ada. Pendek kata, kecil atau besar, perubahan itu merupakan sesuatu konsep yang harus dialami setiap individu.

Apakah maksud perubahan sebenarnya? Adakah perubahan itu sesuatu yang baik – bolehkah ia menghasilkan kesan yang sebaliknya? Dahulu dan sekarang – apa perbezaannya? AKUDETA menyelami menyelongkar tema perubahan …

Tentang Penulis

Siti Nur Ida Binte Mohamed Ali Seorang yang optimis dan selalu berpandang ke hadapan. Menulis merupakan suatu yang sudah sebati dalam diri saya mentelah lagi, saya merupakan penulis sambilan bagi kelab obor di bawah didikan Cik Haryani Ismail. Tetapi, saya merasakan bahawa masih banyak yang harus saya pelajari kerana dunia penulisan amat luas. Saya gemar mencuba sesuatu yang baru kerana dengan cara itu, saya dapat menduga sejauh mana kemampuan saya. Prinsip saya dalam hidup ialah untuk tidak pernah sekali-kali berputus asa walaupun rintangan datang setinggi gunung sekalipun.