Anak muda mengembangkan sastera melalui muzik

Oleh Adriyanni Amelyus

Negara Singapura kita sering disebut-sebut sebagai tanahair ‘gersang bakat’, yang hanya mampu bersaing di atas kertas-kertas akademik, khususnya dalam bidang tukikan iaitu Matematik dan Sains. Ada juga yang kerap menuding jari dan mengatakan pelbagai jenis sastera, tidak kira sastera muzik, sastera lukis dan sebagainya tidak mampu menapak dan berkembang dek kurang sambutan. Yang kekal hanya ‘aktivis sastera’ yang masih memperjuangkan seni mereka masing-masing hasil minat dan cinta mendalam mereka terhadap sesuatu seni itu.

Namun, keadaan dewasa ini menampakkan tren yang agak berlainan, walhal menggembirakan. Anak-anak muda hari ini semakin mampu mengembangkan sastera mereka melalui muzik dan ia semakin mendapat sambutan yang hangat daripada penggemar muzik tempatan.

Anak-anak muda ini yang berumur di dalam lingkungan 17-22 tahun dan kebanyakannya masih bersekolah di universiti, politeknik dan ITE, merangkumi ahli-ahli kumpulan muzik yang berjumlah tidak kurang dari 1,000 di Singapura. Pada setiap tahun, 100 hingga 200 kumpulan muzik memasuki pasaran dan ini meningkatkan lagi daya saing yang sudah ada.

Nama-nama tempatan yang semestinya sudah mashyur merupakan nama-nama seperti Electrico, Pug Jelly dan Ronin. Kumpulan-kumpulan ini sudah pun berjaya mencapai carta muzik yang tertinggi di stesen-stesen radio muzik tempatan, sekurang-kurangnya sekali sepanjang hayat kumpulan mereka.
West Grand Boulevard (atas) mula bertapak sejak 4 tahun yang lalu

Semestinya, minat dan sokongan jitu untuk kumpulan muzik tempatan di tidak berlaku dalam sekelip mata. Terdapat beberapa sebab mengapa fenomena seperti ini terhasil.

Pertama, dengan wujudnya acara-acara tahunan seperti Baybeats, Mosaic dan *scape, kumpulan muzik semakin mempunyai wadah yang gah untuk mempersembahkan seni sastera mereka. Kedua, lebih senang untuk kumpulan tempatan mendapatkan alat-alat muzik yang dahulunya hanya boleh didapatkan di luar negara. Seterusnya, alam maya telah menyenangkan kumpulan-kumpulan ini dalam mengeksport ‘kraf’ mereka. Ini juga memudahkan kumpulan-kumpulan ini untuk mendekati peminat-peminat mereka yang kebanyakannya anak-anak muda yang turut celik teknologi maklumat.

Festival Muzik Mosaic yang diadakan di Esplanade dan bakal berlangsung pada 13-22 Mac 2009

Image and video hosting by TinyPic

Sumber: Flickr

Nama-nama hangat yang bakal menggegari persada muzik tempatan termasuk Postbox (ditubuhkan dalam tahun 2007) dan Silhouette.

Tentang Penulis

Siti Nur Ida Binte Mohamed Ali Seorang yang optimis dan selalu berpandang ke hadapan. Menulis merupakan suatu yang sudah sebati dalam diri saya mentelah lagi, saya merupakan penulis sambilan bagi kelab obor di bawah didikan Cik Haryani Ismail. Tetapi, saya merasakan bahawa masih banyak yang harus saya pelajari kerana dunia penulisan amat luas. Saya gemar mencuba sesuatu yang baru kerana dengan cara itu, saya dapat menduga sejauh mana kemampuan saya. Prinsip saya dalam hidup ialah untuk tidak pernah sekali-kali berputus asa walaupun rintangan datang setinggi gunung sekalipun.