Oleh Adriyanni Amelyus
Ku pegang erat padanya
Ku mohon tidak kehilangannya
Ku menerpa wajahku terhadapnya
Ku junjung, ku belai dan ku usapnya
Ku merintih dan kesal tatkala hampir ketandusannya
Setiap langkah, setiap tapak
Setiap doa, setiap munajat
Setiap keringat, setiap tangisan
Setiap detik, setiap saat
Setiap cinta, setiap kasih
Ia bukan kekasihku
Ia bukan hambaku
Ia bukan darah dagingku
Ia bukan budayaku
Bukan juga ideologiku
Kau tidak mengenalinya
Kau tidak mengetahuinya
Kau tidak akan dapat merapatinya
Kerana hanya aku yang tahu apakah ia
Kerana hanya aku yang akan merasakan bila tiba masanya
Kerana hanya aku yang hidup kerananya …



