Harapan

daripada Siti Nur Ida Mohamed Ali

Salam sejahtera semua.

Lagu Harapan daripada Fazli Zainal mengingatkan saya akan interviu beliau dalam Citarasa Selebriti bersama Sheila Rusly. Fazli yang sememangnya hidup sebatang kara sejak kecil lagi telah mencuba nasib di Kuala Lumpur dan kini meraih keselesaan.

Sumber: Wordpress

Akudeta kembali kali ini dengan edisinya yang pertama bagi penggal baru persekolahan 2009/2010. Tema yang bertajuk harapan ini tercetus memandangkan keadaan ekonomi yang diramalkan akan menjadi lebih baik. Kendatipun begitu, kita harus sedar bahawa ada sesetengah daripada mereka yang sedang cuba kembali kepada masyarakat dan mereka yang sedang bertarung dengan dugaan. Bicara minda mengupas kempen-kempen yang telah dianjurkan khas bagi menaikkan semangat mereka untuk terus berjuang.

Bagi anda yang kaki televisyen, jangan terlepas menonton episod terakhir drama pinggiran ramadhan pada Rabu depan. Filem ini sememangnya kaya dengan mesej dan pengajian yang boleh dijadikan iktibar. Filem Up! yang menyelitkan tema harapan juga sedang bermain di pawagam. Bagi mereka yang tidak pasti jika mahu menonton filem ini ataupun tidak, silalah lihat reviu-nya dalam kategori santai.

Lensa kampus pula mengajak anda menyelongkar harapan, impian dan juga keresahan yang dialami mahasiswa tahun pertama. Bukan itu sahaja, marilah kita menyelami dua sajak yang telah dikarang dan dikupas oleh dua penulis akudeta yang merupakan mahasiswa pertama.

Semoga bulan yang barakah ini akan membakar semangat kita untuk terus berusaha bagi meraih harapan yang diidamkan.

Bagi pihak penulis-penulis Akudeta, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan batin.

Tentang Penulis

Siti Nur Ida Binte Mohamed Ali Seorang yang optimis dan selalu berpandang ke hadapan. Menulis merupakan suatu yang sudah sebati dalam diri saya mentelah lagi, saya merupakan penulis sambilan bagi kelab obor di bawah didikan Cik Haryani Ismail. Tetapi, saya merasakan bahawa masih banyak yang harus saya pelajari kerana dunia penulisan amat luas. Saya gemar mencuba sesuatu yang baru kerana dengan cara itu, saya dapat menduga sejauh mana kemampuan saya. Prinsip saya dalam hidup ialah untuk tidak pernah sekali-kali berputus asa walaupun rintangan datang setinggi gunung sekalipun.