Mu yang mahu

daripada Izzati

Sumber: Flickr

Mu
Yang menantikan kedatangan
Setiap tahun bulan Ramadan
Ditindih angan-angan
Bukan sembarangan
Hajat hendak sempurnakan perayaan
Memberatkan raya
Melengahkan puasa
Sibuk di gedung menjadi syurga
Dapatkah pahala dikecapi?
Kerana niatnya sudah lari

Mu
Yang diselubungi harapan beku
Tidak putus mendahagakan
kurnia dan rezeki
Mu meminta secebis belas
Daripada insan yang tak mengharapkan balas
Namun kadang kala tetap terjerat
Dalam kehausan di tengah kesenangan

Mu
Yang teringin mendekati insan tersayang
Sunyi tanpa teman disisi
Terkenang
Tatkala fajar menyingsing
Tergenang
Pabila malam menyepi
Menatap wajah yang tak dapat kembali
Mu yang malang menginginkan yang sayang

Mu
Yang terus-menerus mengabdikan diri
Tak kira malam atau pagi hari
Menghias diri si rohani
Ditemani hati nurani
Namun tatkala menyedari
Bulan yang mulia kian menjauhi
Terasa sebak perasaan ini
Siapa tahu dapat berjumpa lagi?

Mu
Semua menyambut Ramadan
Tapi berlainan harapan dan keadaan

Yang senang janganlah alpa
Yang susah diberi bantuan
Yang sepi jangan menyepi

Ramadan yang suci

Tentang Penulis

Siti Nur Ida Binte Mohamed Ali Seorang yang optimis dan selalu berpandang ke hadapan. Menulis merupakan suatu yang sudah sebati dalam diri saya mentelah lagi, saya merupakan penulis sambilan bagi kelab obor di bawah didikan Cik Haryani Ismail. Tetapi, saya merasakan bahawa masih banyak yang harus saya pelajari kerana dunia penulisan amat luas. Saya gemar mencuba sesuatu yang baru kerana dengan cara itu, saya dapat menduga sejauh mana kemampuan saya. Prinsip saya dalam hidup ialah untuk tidak pernah sekali-kali berputus asa walaupun rintangan datang setinggi gunung sekalipun.