Berkorban apa saja….

Cabaran Subaru Impreza ataupun Subaru Impreza Challenge 2009 yang baharu sahaja diadakan pada tempat lapang berhadapan Ngee Ann City baru-baru ini telah banyak mengajar kita erti pengorbanan. Semenjak tahun 2008, Subaru Impreza Challenge telah mengalu-alu peserta daripada luar negera seperti Taiwan, Indonesia dan Thailand untuk ikut serta dalam cabaran ini, dan tahun ini sebanyak 400 orang telah menyertai acara tersebut.

Walaupun ada yang mungkin mengatakan bahawa ini bukanlah sebuah pengorbanan kerana niat materialistik terselit dalam setiap peserta, kita tidak dapat menafikan bahawa tidak semua orang dapat melakukan pengorbanan seperti peserta-peserta acara tersebut. Lihat sahajalah waktu rehat yang diberikan oleh mereka, hanya 5 minit sahaja pada setiap 6 jam! Sungguh berat cubaan yang harus mereka tempuhi. Memandangkan waktu rehat yang diberikan kepada mereka cukup singkat, para peserta bukan hanya perlu mengorbankan masa lapang mereka tetapi keselesaan mereka juga. Apa tidaknya, jika anda terasa ingin membuang air kecil, anda terpaksa menunggu dalam 5 hingga 6 jam lagi untuk memenuhi hajat anda! Mereka juga tidak dibenarkan untuk mandi, memakai bedak dan apa sahaja yang dapat menyegarkan badan. Bayangkan jika anda lalu berdekatan dengan mereka, hmmm…tak terkatalah saya.

Image and video hosting by TinyPic

Sumber: 938live.sg

Bayangan kereta Subaru Impreza WRX yang bakal dimenangi telah menyebabkan mereka sanggup mengorbankan masa lapang mereka bersama keluarga. Pada pukul 7 malam, mereka dibenarkan menemui hanya salah satu daripada ahli keluarga mereka, suatu perkara yang cukup menyedihkan terutama sekali kepada mereka yang mempunyai anak-anak yang masih kecil. Selain itu, sesetangah peserta yang menyambut perayaan Halloween pada waktu itu sanggup menggadaikan masa berpesta bersama rakan-rakan hanya untuk bertanding dalam acara ini. Maklumlah, peluang untuk mendapatkan hadiah semacam ini tidak selalu ada. Walaupun cuaca Singapura tidak menentu, ini tidak mematahkan semangat mereka kerana mereka percaya bahawa hadiah yang bakal mereka menangi sangat berharga dan tidak menghampakan.

Akhirnya, segala pengorbanan terbukti berbaloi apabila Encik Mohd Anuar memenangi peraduan tersebut selepas bertahan selama kira-kira77 jam. Beliau cukup berpuas hati dengan kemenangannya dan berasa tidak sabar untuk memandu kereta barunya itu. Pada mereka yang tidak menang pula, pengorbanan yang dialami merupakan kenangan yang cukup manis.

Pertandingan seperti Subaru Impreza Challenge ini mungkin hanya berlaku sekali setahun, tetapi ia dapat mengajar kepada kita erti kehidupan yang penuh dengan cabaran yang harus disahut dengan ketabahan dan pengorbanan untuk berjaya. Selain itu, pengorbanan juga boleh menjadi suatu yang manis. Kalau tidak percaya, sahutlah cabaran Subaru Impreza pada tahun hadapan!

Tentang Penulis

mutmainnah Berumur 20 tahun.baru pertama kali menceburi bidang penulisan. Amat meminati bidang kesusateraan melayu semenjak berada di sekolah menengah .Juga meminati bidang penulisan sajak, dan sering mencuba-cuba mengarang sajak dalam berbagai tema pada masa lapang.Bercita-cita ingin menjadi seorang penulis pada masa hadapan. Suka membaca novel-novel bertemakan keluarga dan peperangan kerana ia mempunyai banyak pengajaran yang bermakna. Antara penulis kegemaran ialah Khadijah Hashim, Ramlee Awang Mushid dan Minfong Ho.