Kecoh Kecoh Karnival (KKK)

Jika diberi tiga keinginan, apa yang anda mahukan?

Seandainya remaja seusia kita ditanyakan soalan sedemikian, kemungkinan besar senarai keinginannya bakal melebihi tiga keinginan yang ditetapkan.

Namun, apabila soalan yang sama ditanyakan kepada penduduk cilik di Rumah Kanak-kanak Darul Ma’wa, respon-respon yang diberikan merangkumi perkara-perkara yang comel lagi melucukan seperti berjalan-jalan di Taman Haiwan, mahupun perkara-perkara biasa yang kita sebagai remaja beruntung ambil ringan, misalnya keperluan mandi.

Image and video hosting by TinyPic

Sumber: KKK

Permintaan-permintaan mereka ini telah sedikit sebanyak dipenuhi oleh para pelajar Universiti Kebangsaan Singapura sendiri yang memainkan peranan dalam menyokong acara Kecoh Kecoh Karnival anjuran bersama Persatuan Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Singapura (PBMUKS) dan Muslim Society serta disokong oleh kumpulan tarian Ilsa Tari, Persatuan Silat NUS dan juga Malay Studies Society.

Kecoh Kecoh Karnival meliputi dua bahagian, bahagian pertama merupakan satu sesi pembahagian hadiah pada 21 Disember untuk penduduk cilik di Rumah Kanak-kanak Darul Ma’wa di mana hadiah-hadiah yang diberikan ditaja oleh para pelajar NUS sendiri berdasarkan senarai permintaan kanak-kanak tersebut.

“ Kami telah Rumah Kanak-kanak Darul Ma’wa dan merekakan sebuah cerita tentang Nenek Keropok yang kini sudah insaf dan ingin menghulurkan bantuan kepada mereka, dan apa yang perlu mereka lakukan adalah hanya untuk menuliskan keinginan mereka itu, yang kononnya akan kami kirimkan kepada Nenek Keropok yang kini sudah menjadi Fairy Godnenek agar dapat ditunaikan untuk mereka,” jelas Hanan, selaku pengarah projek bagi acara tersebut.

Image and video hosting by TinyPic

Sumber: KKK

Di samping itu sebuah karnival sehari bakal dilangsungkan pada tanggal 23 Disember untuk memberi peluang kepada kanak-kanak ini untuk menyertai permainan-permainan yang bukan sahaja seronok, malahan mempunyai unsur pendidikan.

Menurut pihak jawatankuasa bagi acara ini, respon yang diberikan untuk acara Kecoh Kecoh Karnival sememangnya amat memberangsangkan dan sejauh ini, setiap kanak-kanak yang menetap di Rumah Darul Ma’wa telah berjaya diberi tajaan sekurang-kurangnya dua hadiah setiap seorang.

Kata Sufina sebagai ketua keseluruhan acara ini, “Walaupun kami mengorbankan masa untuk mengendalikan KKK, ini tidak ada nilainya berbanding keceriaan yang bakal kami berikan kepada kanak-kanak tersebut. Sesungguhnya, semua usaha kami ini adalah semata-mata untuk mereka sahaja.”

Tentang Penulis

nurulhannah Saya seorang pemaaf yang mementingkan kesempurnaan. Juga, seorang yang minat dalam bidang seni serta cinta kepada Bahasa Melayu. Saya hidup untuk makan; bukan sebaliknya. Saya juga gemar dan mahu melakukan perkara-perkara yang mencabar kebolehan fizikal dirinya; seperti bungee jumping. Saya akan berasa gembira apabila dikelilingi orang-orang yang disayangi.