Pengorbanan Sang Semut

Pengorbanan Sang Semut

Image and video hosting by TinyPic

Sumber: Wordpress

Pabila terbitnya sinar mentari

Kelihatan Sang Semut mula berdikari

Walaupun sisa, itulah rezeki

Buat santapan keluarga menanti.

Kuasa deria sebagai panduan

Bergegas mencari, bukan perlahan

Selagi tiada sebarang pungutan

Sang semut bertahan mencari makanan.

Tergopoh-gapah ia menuju

Kembalinya juga terburu-buru

Terkapai-kapai bergerak laju

Ia mengangkut bebanan itu

Dedahan ranting ia lalu

Bebatu kerikil di setiap penjuru

Perjalanan pulang penuh berliku.

Namun Sang semut tetap bersungguh

Walau tujuan masih jauh

Tidak dihirau penat dan peluh

Setiap dugaan tabah ditempuh.

Tentang Penulis

naqiah Saya gemar melakukan aktiviti-aktiviti yang menenangkan fikiran dan rohani. Lagi-lagi apabila ditemani orang-orang yang tersayang dan rakan-rakan yang amat saya hargai. Saya turut percaya bahawa keikhlasan dalam apa jua yang dilakukan akan membawa kepada keberkatan daripadaNya, lantas membawa kepada kebahagiaan nurani. Apa yang penting pada saya adalah penitian hari-hari dengan minda yang positif dan sentiasa mengarah kepada prinsip memperbaiki kelemahan diri. Akhir sekali, senyum-senyum selalu! :)