Berhibur Dengan Chipmunks!

 

Alvin and The Chipmunks

Sumber: moviereviewintelligence.com

Pada musim cuti sekolah yang lalu, teman-teman Alvin telah menggegarkan panggung wayang dengan pelbagai lagu bergenre ‘rock and roll’ dalam filem Alvin and the Chipmunks: The Squeakquel Movie. Ia termasuk Bad Day dan Christmas Don’t Be Late. Walaupun cerita ini dikatakan telah menerima banyak kritikan dari segi jalan cerita yang kurang memuaskan, namun watak dan perwatakan yang ditampilkan tetap menarik. Ia ditambah pula dengan gaya nyanyian dan tarian yang membuat terhibur dan tidak kering gusi.

Pembukaan cerita telah menampilkan Chipmunks berpesta di atas pentas. Tidak lama kemudiannya, Alvin telah mengakibatkan suatu kemalangan di mana Dave terpaksa dikejarkan ke hospital. Namun, Dave telah menyusun rancangan agar Chipmunks pergi ke sekolah dan diletak dalam jagaan seorang pengasuh. Ini berdasarkan kepercayaan Dave bahawa Chipmunks harus mendapat pendidikan yang sempurna. Pelbagai kegiatan yang seronok berlaku di sekolah. Namun, Ian Hawke pulang dengan adegan nakal untuk menjatuhkan Chipmunks dan mengambil kesempatan ke atas kebaikan Chipettes.

Cerita ini boleh ditonton oleh seisi keluarga. Filem ini memberi focus pada kehidupan di sekolah dan peraduan pancaragam. Namun, berbanding cerita Alvin pada musim pertama, boleh dikatakan lebih banyak unsur konflik dipaparkan kerana di sinilah ketegangan perhubungan Alvin dan Dave tercetus.

Chipmunks and the Chipettes

Sumber: moviereviews.brushwrites.com

Kalau diberi pilihan, saya lebih terdorong memilih cerita Alvin and the Chipmunks musim pertama kerana ia lebih menyerlah. Ini kerana jalan cerita dan unsur emosi yang dipaparkan lebih menarik. Ceritanya banyak kekuatan berbanding cerita kartun yang biasa dapat ditonton di saluran tempatan.

Walaubagaimanapun, anda boleh menonton cerita ini untuk melegakan tekanan setelah sehari suntuk bekerja atau belajar kerana watak kartun Chipmunks amat comel belaka. Perwatakan Alvin yang dianggap sebagai selamba, kaca mata Simon yang comel dan pandangan kritis oleh Theodore boleh dikatakan cukup untuk membuat kita terpaut dengan filem ini pada pandangan pertama.

Tentang Penulis

mutmainnah Berumur 20 tahun.baru pertama kali menceburi bidang penulisan. Amat meminati bidang kesusateraan melayu semenjak berada di sekolah menengah .Juga meminati bidang penulisan sajak, dan sering mencuba-cuba mengarang sajak dalam berbagai tema pada masa lapang.Bercita-cita ingin menjadi seorang penulis pada masa hadapan. Suka membaca novel-novel bertemakan keluarga dan peperangan kerana ia mempunyai banyak pengajaran yang bermakna. Antara penulis kegemaran ialah Khadijah Hashim, Ramlee Awang Mushid dan Minfong Ho.