‘Fandom’

‘Fandom’

 

fandom beyonce

Sumber: Wordpress

Hyrulites
Didifiers
Fiknatiks
HapyHadys.

Kalau anda terpinga-pinga, jangalah khuatir. Nama-nama di atas merupakan kelab peminat Hyrul Anuar, Didicazli, Taufik Batisah dan Hady Mirza. Sekiranya anda dapat mengecam maksud perkataan di atas, andalah salah seorang daripada jutaan manusia yang sedang dilamun sebuah fenomena. Fenonema yang melanda ini bukanlah suatu yang asing lagi dan ia telah menarik perhatian para-para pengkaji yang sedang memerhatikan tren fandom ini.

Apa itu fandom? Fandom ialah istilah yang ditujukan kepada peminat-peminat yang mempunyai minat yang mendalam akan sesuatu dan ia sering dikaitkan dengan selebriti dan dunia hiburan. Pada amnya, ia lebih menyeluruh kerana ia juga meliputi peminat-peminat buku, sukan dan banyak lagi.

“Pada hemat saya, fandom boleh meransang kreativiti. Di livejournal.com, peminat-peminat dapat menulis sebuah cerita berdasarkan watak ataupun drama yang mereka minati. Ia juga menimbulkan semangat kekitaan kerana mereka mempunyai satu minat seperti minat kepada pelakon Edward Cullen ataupun Harry Potter. Saya tidak setuju jika fandom disamakan dengan peminat fanatik kerana perkataan fanatic bunyinya terlalu negatif. Kalau dengan cara ini, peminat dapat mengasah dan menunjukkan bakat menulis, apa salahnya?” jelas Khadijah Setyo, 22 tahun apabila ditanya jika fandom hanya nama pengganti bagi fanatik.

fandom twi.sg2

Sumber: twilightsingapore.com

Salah satu kelab peminat yang menarik perhatian saya ialah Twilight Singapore. Ia merupakan sebuah blog yang ditubuhkan khas untuk peminat Twilight di Singapura pada 24th Mei 2008. Laporan terkini dari dalam dan luar negara sering dikemaskinikan oleh moderator kelab. Aktiviti mereka merangkumi perbincangan buku siri Twilight, menonton filem Twilight bersama-sama dan mereka juga telah menyambut ulang tahun yang pertama pada Mei lalu di East Coast Park.

Ternyata fandom merupakan salah suatu cara bagi para peminat mengongsi dan bertukar pendapat dengan mereka yang mempunyai minat yang serupa. Kalau dilihat di sudut yang negative, fandom mungkin membuang masa tetapi pada hemat saya, ini lebih baik daripada membuang masa berlepak di luar. Kegiata-kegiatan yang diadakan juga bermanfaat dan membuat minda kita terus aktif. Sememangnya, fenomena ini akan berterusan.

Tentang Penulis

Siti Nur Ida Binte Mohamed Ali Seorang yang optimis dan selalu berpandang ke hadapan. Menulis merupakan suatu yang sudah sebati dalam diri saya mentelah lagi, saya merupakan penulis sambilan bagi kelab obor di bawah didikan Cik Haryani Ismail. Tetapi, saya merasakan bahawa masih banyak yang harus saya pelajari kerana dunia penulisan amat luas. Saya gemar mencuba sesuatu yang baru kerana dengan cara itu, saya dapat menduga sejauh mana kemampuan saya. Prinsip saya dalam hidup ialah untuk tidak pernah sekali-kali berputus asa walaupun rintangan datang setinggi gunung sekalipun.