Pilihan

Pilihan

Salam buat pembaca Akudeta,

Photobucket

Sumber: photo.net

Bertemu kita sekali lagi di tahun yang baru.

Sempena kehadiran 2010, pasti ada yang terkenang akan memori pahit manis tahun 2009. Antara perkara yang telah mendapat perhatian media dan masyarakat am pada tahun lalu adalah pandemik influenza H1N1, Persidangan Perubahan Iklim PBB di Copenhagen dan juga isu kebobrokan masyarakat Melayu Singapura. Namun, 2009 juga telah diwarnai oleh kemenangan bagi pelbagai lapisan masyarakat dunia, antaranya penganugerahan Hadiah Nobel Keamanan kepada Presiden Barack Obama, sehinggalah ke kemenangan Sezairi Sezali dalam Idola Singapura.

Dengan harapan bahawa 2010 akan lebih cerah bagi semua, Akudeta tampil menyentuh seperkara yang lumrah dalam kehidupan, yakni Pilihan. Pilihan adalah asas kepada semua yang dilakukan.

Pilihanmu 2

Sumber: photo.net

Menerusi Lensa Kampus, kami mengetengahkan dua kegiatan anjuran mahasiswa NUS yang telah memilih untuk melakukan sesuatu yang bermakna bagi para siswa-siswi dan juga masyarakat. Santai pula menjenguk isu Fandom yang semakin berleluasa. Pelbagai karya para penulis Akudeta turut dapat dibaca dalam ruangan lainnya. Setelah membaca, jangan lupa untuk menyertai Kuiz Akudeta kerana anda berpeluang memenangi hadiah istemewa daripada kami.

Akhir kata, kami di Akudeta ingin mengucapkan Selamat Menyambut 2010 dan semoga maju jaya. Semoga segala hidangan Akudeta terus menjadi santapan segar minda anda!

Tentang Penulis

syazwani Bagi Syazwani, dirinya ibarat rekaan yang tidak mempunyai definisi tetapi seribu makna tersimpul pasti. Bukan seorang yang suka dibendung, dia percaya bahawa perubahan merupakan satu yang lazim. Senadi dengan cita, berdenyut kerana kehidupan, di dalam jiwanya, ada pelbagai harapan yang sentiasa berputik dan bercahaya. Di atas kertas dan papan kunci dia gemar melayangkan kata-kata buat tatapan yang sudi membaca. Sebagai peminat buku, muzik, wayang, dan makanan, hobi sampingannya adalah merenung bulan, bermain dalam hujan dan meluangkan masa untuk bersama keluarga dan teman-teman terdekat.