Kempen Anti – Merokok

0

Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk cuba berhenti merokok setiap kali menjelangnya bulan Ramadhan. Begitu juga dengan badan-badan yang giat menjalankan kempen anti-merokok sepanjang bulan itu. Peluang untuk berjaya dianggap lebih tinggi kerana ibadah berpuasa sama sekali telah menjauhkan seseorang itu daripada merokok di siang hari. Jika mereka boleh menahan gian untuk merokok di siang hari, tidak salah jikalau ibadah ini diteruskan pada waktu malam juga. Tetapi adakah kempen anti-merokok yang sedia ada memadai untuk membolehkan seseorang itu berhenti tabiat merokok?

Tabiat adalah sesuatu perkara yang sukar dibuang. Ia memerlukan lebih daripada kempen untuk membolehkan seseorang itu membuang tabiat merokok mereka. Berpuasa memberi seseorang itu semangat apabila mereka disekelilingnya turut berpuasa. Begitu juga dengan merokok, jika kawan-kawan disekeliling kita sama-sama tidak merokok, kecenderungan untuk merokok dapat dikurangkan. Ini tidak bermakna seseorang itu tidak boleh berhenti merokok jika kawan mereka sendiri merokok.

Selain sokongan dari kawan-kawan dan keluarga, seseorang itu harus mempunyai azam yang kuat untuk berhenti merokok. Kalau anak kecil boleh dirotan, orang dewasa perlu bersikap lebih matang untuk membuat pilihannya sendiri. Jika pilihannya adalah untuk berhenti merokok, dia haruslah setia pada keinginannya. Cara sebeginilah yang dapat membantu seseorang itu untuk tidak merokok walaupun kawan disekelilingnya merokok.

Dengan persiapan yang lengkap, kempen anti-merokok boleh menjadi lebih berkesan.


Tentang Penulis

anakwatan89 Saya adalah seorang yang pemalu. Diam apabila bersama dengan orang yang kurang dikenali tetapi petah berbual jika kena pada tempatnya. Saya gemar mendengar lagu dan minat dalam bidang komunikasi dan media baharu. Apabila mendengar musik, saya hanya pertikaikan lagu dan bukan liriknya. Tidak hairanlah jika saya dengar lagu dari pelbagai bahasa, asalkan ia merdu untuk didengari.

Disimpan dalam: Bicara Minda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*




You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Bicara Minda

Lensa Kampus

Nota Editor

Santai

Sastera Siswa