Perkhemahan OlympNUS 2010

1

Jun 2010 lalu, Persatuan Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Singapura (PBMUKS) dan Persatuan Islam Universiti Kebangsaan Singapura(NUS MS) telah bergabung tenaga untuk menjayakan satu perkhemahan orientasi OlympNUS buat mahasiswa-mahasiswa baru. Perkhemahan yang diadakan selama 4 hari dan 3 malam itu bertemakan mitos Greek dan bertujuan untuk mendedahkan mahasiswa-mahasiswa NUS baru kepada suasana dan kehidupan di kampus. Lebih kurang 70 peserta telah manfaat daripada perkhemahan ini.

Peserta-peserta perkhemahan telah dibahagikan kepada 10 kumpulan yang diberi nama berdasarkan mitos Greek, iaitu Argos, Athens, Corinth, Delphi, Knossos, Rhodes, Sikyon, Sparta, Thebes dan Troy. Ini memberi peluang bagi peserta-peserta mengenali satu sama lain dan bekerjasama melakukan aktiviti-aktiviti perkhemahan.

Aneka aktiviti yang mencabar dari segi mental dan fizikal telah mengukuhkan lagi semangat bekerjasama peserta-peserta bersama ahli kumpulan mereka dan pemuda-pemudi acara mereka.. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah telematch di kampus NUS dan permainanan ala-ala ‘Amazing Race’ di Pulau Ubin.

Apa yang lebih menarik tentang perkhemahan ini ialah penekanan yang tinggi pada aspek keislaman. Kebanyakan nilai-nilaiagama telah diselitkan dalam aktiviti-aktiviti perkhemahan dan peserta-peserta perkhemahan juga didedahkan kepada tempat-tempat musollah di serata kampus  NUS.

Syed Nazri Bin Syed Shamshudin, mahasiswa tahun pertama dari fakulti Kejuruteraan Mekanikal,yang telah menyertai perkhemahan OlympNUS amat kagum dengan usaha-usaha jawatankuasa dan tenaga-tenaga kerja dalam mengendalikan perkhemahan tersebut. “Aktiviti-aktiviti perkhemahan bukan sahaja menarik dan mencabar, penganjur perkhemahan juga telah berjaya mengimbangkan nilai-nilai duniawi dan uhkrawi.”

Peserta yang telah memenangi anugerah “Peserta Perkhemahan Lelaki Terbaik” juga menambah bahawa perkhemahan ini suatu pembuka mata. “Saya menyedari terdapat ramai lagi mahasiswa-mahasiswa Islam di kampus ini dan ini satu peluang berharga untuk mengenali dan mewujudkan persahabatan bersama mereka.”

Seramai 68 mahasiswa-mahasiswa NUS telah membantu menjayakan perkhemahan ini. Buat Nur Syazana Bte Shahul Hameed, yang telah menyumbangkan tenaga sebagai ahli jawatankuasa, proses persediaan untuk perkhemahan telah mengajarnya tentang erti kegigihan.

“Saya pelajari bahawa ketabahan dan keyakinan penting dalam menjayakan sesebuah perkhemahan walaupun terdapat pelbagai cabaran dan halangan yang harus dihadapi. ” kata mahasiswi tahun kedua dari fakulti Kesusasteraan dan Sains Kemasyarakatan pengkhususan Selatan Asia.

Perkhemahan ini  tidak mungkin dapat berjalan dengan lancar tanpa jawatankuasa kuat yang dipimpin Muhammad Nur Hakim Bin Jufri, mahasiswa tahun ketiga dari fakulti Kejuruteraan Mekanikal.

“Pengalaman saya sebagai Pengarah bagi projek OlympNus 2010 tidak dapat saya lupakan. Persediaan perkhemahan OlympNus bermula sejak Januari 2010 dan Alhamdulillah, kem tersebut dapat dijalankan dengan sempurna. Saya amat terhutang budi kepada kawan-kawan saya yang telah memberikan sokongan dan pertolongan sepanjang persediaan kem tersebut.” katanya.

Harapan jejaka yang murah senyuman dan rendah hati ini? “Harapan saya bagi peserta-peserta perkhemahan ini adalah agar mereka mengekalkan hubungan erat antara satu sama lain dan terus bekerja keras sehingga mencapai menara gading.”


Tentang Penulis

Syairah.Akudeta Penulis berpendapat berkarya itu satu anugerah kerana penulis mampu menerawang ke alam bebas, berbakti, dan menghiburkan pembaca melalui karyanya. Harapan penulis ialah agar karya-karyanya dapat mengerak minda dan hati pembaca.

Disimpan dalam: Lensa Kampus

Artikel ini mempunyai 1 komen

  1. Nurul Huda Abdul Hamid Nurul Huda Abdul Hamid 10/26/2010, 10:39 pm:

    Saya terkenang malam terakhir bersama. Beyonce kami, Syed Nazri, akan tetap menjadi pujaan ramai! :P
    Dan, ARGOS! <3 Cinta hatiku!

    Namun, bagi saya, saat terindah perkhemahan ini adalah saat kami solat berjemaah. Hati sayup sahaja.

    Lepas solat, main game lagi! Best nye hidup. Kalaulah sekarang masih macam tu. Campak tugasan tepi, main sepuas-puas!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*




You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Bicara Minda

Lensa Kampus

Nota Editor

Santai

Sastera Siswa