K.O.I. – Kenapa Orang Idamkannya

0

Itulah yang terlintas di benak fikiran setahunya saya mengenai minuman ini. Jika dilihat pada mata kasarnya, ia serupa seperti minuman ‘bubbletea’ yang lain dari segi bentuk cawan dan cara ia dijual. Si penjual minuman akan mengambil pesanan minuman, anda membuat pembayaran dan setelah selasai menbancuhnya, anda akan dapat menikmati ‘bubbletea’ pilihan anda. Dinilai pada rasa, ia juga saling tak tumpah dengan jenama-jenama ‘bubbletea’ yang lain. Namun, jangan sesekali berkata demikian dengan peminat KOI kerana mereka ada alasan-alasan mengapa mereka ‘gila’ akan minuman yang dipercayai berasal dari negara Taiwan ini.

Bagi Nurul Hannah Mohammad Amran, mahasiswa tahun kedua dengan pengkhususan Penngajian Melayu, apabila ditanya mengapa dia amat menyukai ‘bubbletea’ KOI ini, gadis yang berumur 20 tahun ini berkata

“Saya memang suka minum ‘bubbletea’. Apa yang menarik bagi KOI ialah ia mempunyai perisa-perisa yang berlainan daripada kedai-kedai ‘bubbletea’ yang lain. Perisa-perisa yang ditawarkan seperti caramel, hazelnut, ice-cream, mocha dan sebagainya. Ia seolah-olah memberi saya lebih banyak pilihan daripada kedai-kedai yang lain yang seringkali menjual perisa yang sama sahaja.”

Sememangnya bukan Hannah sahaja yang terikut-ikut dengan fenomena KOI ini. Jika kita singkap minggu-minggu sekolah pada semester 1 yang lepas, laluan pejalan kaki di fakulti-fakulti seluruh NUS dibanjiri dengan jualan amal ‘bubbletea’ KOI. Mahasiswa-mahasiswa dilihat memasuki dewan kuliah dengan menghirup minuman itu sebagai pelepas dahaga. Hannah sendiri mengaku bahawa dia membelinya atas dasar menyukai minuman itu sekaligus memberi sokongan kepada usaha murni persatuan-persatuan tersebut yang ingin mengumpul dana.

Dilihat pada dasarnya, pengumpulan dana dengan cara sebegini sememangnya berpandukan keuntungan dan ia merupakan tujuannya untuk mengaup laba yang secukupnya. Namun, ada sesetengah pihak yang berpendapat bahawa penjualan ‘bubbletea’ diadakan secara keterlaluan. Hannah pula berpendapat sebaliknya. Menurutnya, perkara ini tidak perlu dilihat secara negatif. Tambahnya lagi, jika seseorang itu tidak mahu menyumbang kepada pengumpulan dana tersebut, dia mempunyai pilihan untuk tidak membelinya.

Melihat fasa ini berlaku tidak sama sekali membuat seorang lagi mahasiswa tahun kedua, Muhammad Hamzah bin Zainal Abidin hairan dan janggal. Penjualan KOI dan barang makanan yang lain pada pendapatnya merupakan trend ikutan ramai yang akan melepasi fasa popularnya. Menurut mahasiswa yang berumur 22 tahun dan mengambil pengkhususan Sains Politik lagi,

“Kita boleh lihat bahawa ini semua merupakan ‘fad’. Pada tahun lalu, barang makanan seperti KOI dan Chewy Junior tidak dijual sama sekali. Namun apabila KOI sudah mendapat sambutan yang menggalakkan, apa yang dilakukan pelajar ialah menumpang di atas populariti minuman ini untuk mendapat sokongan yang diperlukan.”

Sekalipun sambutan kepada ‘bubbletea’ ini amat menggalakkan sehingga pembukaan cawangan KOI di merata Singapura tumbuh bak cendawan setelah hujan, saya pasti ia akan melepasi tahap dan fasa popularitinya. Ada yang akan menyukainya dan ada juga sebaliknya. Sepertimana kedai-kedai yang mengikut trend yang lain, sebagai contoh kedai ‘doughnut’, ‘bubbletea’ KOI besar kemungkinan akan menjadi serupa dengan jenama-jenama ini dan ‘fad’ yang  melanda akan reda jua.


Tentang Penulis

Hafiz.Akudeta Berpegang teguh pada prinsip hidup 'Tanpa Usaha, Tiada Ganjarannya', Muhammad Hafiz Bin Salleh serupa seperti mahasiswa-mahasiswi lain yang dahagakan kejayaan. Walaupun keutamaannya tetap pelajaran, minatnya pada arena penulisan sejak di bangku sekolah menengah lagi tetap diteruskan. Minatnya terhadap bidang ini tercetus apabila karangan-karangan sekolahnya dijadikan bahan rujukan kepada pelajar-pelajar yang lain. Merasakan melalui penulisan dia mampu menghasilkan kesan kepada pembacanya, Hafiz selalu mencuba untuk terus memperbaiki gaya serta bahasa penulisannya agar dirinya mampu menulis dengan lebih baik setiap kali dia menulis artikel baru. Meskipun rakan-rakannya akui dengan keupayaan bahasa ibundanya dari segi penulisan ataupun lisan, Hafiz akur bahawa masih ada ruang yang banyak untuk memperkasakan dan menajamkan bakat yang dikurniakan ini supaya pembaca dapat menghargai segala isu-isu yang diketengahkan.

Disimpan dalam: Lensa Kampus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*




You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Bicara Minda

Lensa Kampus

Nota Editor

Santai

Sastera Siswa