Kecoh-Kecoh Karnival 2010

0

Kecoh-Kecoh Karnival 2010 (K2K) adalah sebuah acara yang dianjurkan untuk beberapa kanak-kanak dari Pusat Wanita Pertapis (Pertapis Centre for Women and Girls). Acara yang mula dilancarkan tahun lalu akan berlansung pada 22hb Disember 2010 di kampus Universiti Kebangsaan Singapura (NUS).

Logo Kecoh-Kecoh Karnival 2010

            Dengan mengadakan sebuah karnival sehari di kampus NUS, acara K2K yang diterajui sekumpulan mahasiswa dan mahasiswi NUS diharap dapat memberi inspirasi dan menyuntik semangat dalam kanak-kanak ini untuk mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.

            Walaupun terdapat perubahan pada pucuk pimpinan K2K tahun ini, tujuan asal acara tetap kekal. Ahli jawatankuasa K2K 2010 tetap bertekad untuk memberi harapan kepada anak muda, dan untuk menjadi inspirasi kepada mereka untuk bekerja keras dalam bidang pendidikan.

            Sentimen ini dikongsi Hilmaniaty Murtaza, seorang pelajar tahun pertama dan naib ketua K2K. Katanya, “Saya sedar bahawa saya tidak mahu kehidupan saya di universiti hanya tertumpu kepada perihal akademik, dan saya ingin melakukan pekerjaan amal. Sebelum ini, saya telah bekerja di sebuah pusat penjagaan pelajar (student care centre) dan apabila saya memberitahu pelajar-pelajar di sana bahawa saya diterima memasuki universiti, mereka ternyata kelihatan sungguh kagum. Sememangnya, mendapat kelayakan ke universiti adalah impian hampir setiap anak Singapura!”

            Kalau pada tahun lalu Kecoh-Kecoh Karnival 2009 telah dirancang untuk kanak-kanak di Darul Ma’wa, tahun ini Pertapis pula yang terpilih. Peserta K2K pada kali ini pula bukan lagi kanak-kanak di bawah 14 tahun, tetapi remaja perempuan antara 13 sehingga 17 tahun.

            Pada 22hb Disember, peserta-peserta K2K akan mendapat peluang untuk menikmati suasana di dalam sebuah teater kuliah NUS sambil beramah mesra dengan beberapa pelajar NUS yang telah berjaya, dan juga selebriti-selebriti seperti Akmal N. dan Rita Zahara. Mereka juga akan mengelilingi kampus NUS sambil melakukan beberapa tugasan dan permainan.  

Jawatankuasa Kecoh-Kecoh Karnival 2009

            K2K juga akan memberi peluang kepada peserta-pesertanya untuk berinteraksi dengan rapat bersama pelajar-pelajar NUS, yang akan menjadi pemuda-pemudi acara dan ketua stesen-stesen permainan. Bahkan, pelajar NUS juga akan meraih manfaat, kerana K2K bukan sahaja merupakan wadah untuk mereka beramal, tetapi juga untuk mendekati dan lebih mengenali mereka yang mungkin kurang bernasib baik daripada mereka.

            Jawatankuasa K2K 2010 amat berharap bahawa acara ini akan berjaya, dan mencapai tujuan utama untuk memberi motivasi dan inspirasi kepada generasi Melayu yang lebih muda.


Tentang Penulis

Kamielah.Akudeta Bertubuh kecil, kecoh, peramah, dan pencinta Asia Tenggara. Itulah kata-kata yang telah digunakan oleh teman-teman saya untuk menggambarkan diri ini. Saya turut akur dengan pendapat mereka. Saya amat meminati Asia Tenggara, walaupun ada yang mungkin menganggap ini pelik. Jikalau orang Asia Tenggara sendiri tidak menghargai identiti mereka, siapa lagi?

Disimpan dalam: Lensa Kampus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*




You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Bicara Minda

Lensa Kampus

Nota Editor

Santai

Sastera Siswa