Nota Editor

Assalamualaikum kepada semua pembaca Akudeta yang dihargai,

Edisi Akudeta kali ini memaparkan pelbagai rencana bertemakan ‘ekstremisme’. Ikuti bagaimana sikap ekstrem dalam pemikiran keagamaan boleh memudaratkan masyarakat dalam artikel “Ketaksuban: Antara Sentimen dan Akal” yang dihasilkan Zulqarnain Mohamad. Impak negatif dari pemikiran ekstrem juga diketengahkan dalam artikel Nur Fadhilah Salleh, “Peminat atau Penghedap”,  karya Naqiah Muhd Sumri, “Ekstremisme Dalam Seharian” dan sajak Muhammad Izwan Bin Othman, “Jerihnya Satu Pembalasan.” Imaginasi Muhd Farid Bin Mohd pula  akan membuat anda terpukau dengan cerpen seramnya, “Seksa. “  Melalui artikel, “K.O.I – Kenapa Orang Idamkannya”, penulis Muhammad Hafiz Bin Abdul Salleh menyuarakan kemusykilannya tentang populariti minuman K.O.I yang luar biasa di kalangan masyarakat. Muhammad Hafiz A Malik pula akan berkongsi minatnya yang bertahap “ekstrem” terhadap bas dalam artikelnya, “Apabila Mengejar Bas Menjadi Satu Hobi.” Pada masa yang sama, Kamielah Khairoullah juga telah membuat liputan tentang acara “Kecoh-Kecoh Karnival 2010” yang akan berlangsung pada 22 haribulan Disember.

Jangan lupa untuk menyertai kuiz Akudeta.Com untuk memenangi hadiah-hadiah menarik. Perlantikan Ahli Jawatankuasa untuk Perkampungan Bahasa 2011 juga telah dibuka. Untuk maklumat lanjut, sila layari lelaman http://www.facebook.com/#!/event.php?eid=177268485634361.

Akhir kata, selamat bercuti dan Salam Muharram!

Sekian,

Noraz Syairah Bte Azimi
Ketua Penerbitan/Head of Publication
PBMUKS ’10/’11

Disimpan dalam: Nota Editor

Komen tidak dibenarkan.

Bicara Minda

Lensa Kampus

Nota Editor

Santai

Sastera Siswa