Seksa
0“Argh . . . !” Rudy meneran kesakitan.
“Tak guna kau, Rafi!” menerannya lagi sambil merapatkan giginya seperti menggigit daging yang tidak empuk. Mulutnya berlumuran darah kerena tergigit bibir sendiri.
Dia memegang lengan kirinya kuat-kuat. Namun denyutan jantungnya masih bertenaga lagi. Dia cuba melawan kecacatannya itu dengan terus menghayung parang yang dicapainya ke arah Rafi. Tetapi hayunannya agak lemah hinggakan Rafi dapat mengelaknya dengan tangkas lalu melepaskan beberapa tumbukan di bawah tulang rusuk kiri Rudy. Rudy tidak punya kekuatan untuk berdiri lagi lalu dia melutut kesakitan sebelum dia tumbang sujud ke bumi.
Muka Rudy merah padam menelan kesakitan. Lengan kirinya yang putus itu berada di atas rumput nampaknya masih hidup meletik-letik macam ikan yang dahagakan air untuk bernafas. Pancutan darah di tangan itu telah mewarnai tanah di situ sekaligus menggambarkan satu pesta berdarah telah berlaku.
“Inilah azabnya. Kau akhirnya tumbang juga di tangan aku,” bisik Rafi di telinga Rudy yang sedang terbaring kesakitan.
Rudy hanya berdiam diri. Dia tidak boleh lagi menahan kesakitan lagi.
“Ini neraka, Rudy . . . neraka! Aku akan siksa kau dahulu sebelum kau mati dalam kehinaan. Inilah yang kau harus terima,” bisik Rafi dengan suara hangatnya sambil ketawa sinis.
Tubuh Rudy mula lemah. Penglihatan mata kanannya mula kabur. Pergerakannya mula tersekat. Dia benar-benar berasa tubuhnya lemah kerana dia sudah kehilangan darah. Di dalam keheningan malam itu, Rudi hanya ditemani oleh awan mendung yang mula menangis membasahi muka bumi. Air hujan itu menambah lagi keperitannya untuk menahan kesakitan. Ketika itu, Rudy sudah tahu yang dia akan mati pada bila-bila masa. Dalam keadaan hiba dia mengimbas kembali masa silamnya . . .
Rayuan Azura, adik Rafi, tidak diperdulikannya. Dirinya seolah-olah dirasuk syaitan. Nafsu serakahnya menguasai akal. Hilang akan semua pertimbangan. Dengan sekelip mata budak perempuan itu hilang mahkotanya.
Tiba-tiba seekor ular berwarna hijau perlahan-lahan menghampir tubuh Rudy yang masih bernafas lagi. Ular itu terus membelit tubuh Rudy dengan eratnya sehingga bahu kanan Rudy sudah hampir bersentuhan dengan bahu kirinya. Terdengar beberapa bunyi tulang patah bagaikan bunyi ranting pokok yang telah dipatah-patahkan. Rudy masih bertahan lagi. Denyutan jantungnya masih bergerak lagi. Dengan sekilas kilat, ular itu menelan Rudy dari kepalanya. Pada ketika itu Rudy sudah tidak rasa apa-apa lagi kerana dia sudah berasa dirinya telah diangkat ke alam lain yang tidak pernah dia alami . . .



