Dari Hati Jatuh Ke Hati: Keikhlasan Konsert Amal

0

Konsert amal boleh diibaratkan sebagai sebahagian daripada budaya Singapura. Ia amat dialu-alukan masyarakat dan diberi perhatian yang meluas. Dari dada-dada akhbar, komentar di radio hinggalah ke kaca televisyen, iklan dan nombor-nombor talian amal tidak akan lengkang dari media massa apabila sesebuah konsert amal bakal berlangsung.  Dengan penggunaan teknologi, acara-acara ini dapat disebarkan dengan lebih efektif. Selebriti-selebriti turut turun gelanggang untuk menghulurkan bantuan dan menggunakan pengaruh dan populariti mereka untuk menarik perhatian para penonton untuk menderma. 

Pada pendapat saya, konsert amal seperti ini adalah satu cara yang baik untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang nasib malang sebahagian anggotannya. Konsert amal mempunyai kesan yang mendalam kerana penonton diajak untuk melihat hidup seharian seseorang yang tidak bernasib baik atau kurang upaya.  Nilai pengorbanan dipertengahkan melalui rakaman video-video tersebut. Sebagai manusia yang dikurniakan akal dan fikiran, hati kita akan terbuka untuk menghulurkan bantuan dengan tidak secara langsung apabila kita melihat dan mendengar pengalaman perit insan-insan tersebut. 

Penglibatan selebriti sebagai “duta-duta” konsert amal ini tidak sekali pun meremehkan nilai pengorbanan dan tolong-menolong. Kehadiran mereka bukanlah semata-matanya sebagai hiburan bagi penonton malah mereka memainkan peranan yang lebih penting iaitu untuk mendidik penonton tentang masalah yang dialami sebahagian masyarat kini.

Konsert-konsert amal seperti konsert amal Tabung Amal Aidilfitri (TAA) Untukmu Sinaran Hati diadakan bukan kerana masyarakat kita tidak peka akan masalah-masalah sosial di Singapura. Konsert amal bagaikan sesuatu lambang kesatuan masyarakat untuk menolong yang kurang upaya dan menonjolkan nilai-nilai kemanusiaan seperti gotong-royong yang memanifestasikan kemuliaan masyarakat. Ia juga bagaikan peringatan bagi kita untuk bermuhasabah dan bersyukur akan segala nikmat yang   diperolehi.


Tentang Penulis

Fadhilah.Akudeta Penulis bukanlah pujangga yang pandai merangkai kata. Hanya seseorang yang ingin menyuarakan pendapat untuk menjadi buah fikiran. Beliau berpendapat bahawa sebagai anak remaja yang akan menjadi pelapis masyarakat, kita perlu mengambil tahu tentang isu-isu semasa. Dalam masa lapangnya, penulis gemar menerokai dunia untuk memperluaskan lagi mindanya. Bak kata peribahasa Melayu, "Jauh perjalanan, Luas permandangan". Selain melancong, beliau gemar sekali makan makanan yang pedas dan membaca buku komik manga.

Disimpan dalam: Bicara Minda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*




You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Bicara Minda

Lensa Kampus

Nota Editor

Santai

Sastera Siswa