Sandaran dalam Kekalutan

0

Seandainya…..
Ku petik semangat dari yang Esa,
Hanya kerana Dia sahaja yang berkuasa,
Tika ku renung halangan yang menimpa,
Perasaan pilu terkandas hampa,
Ada juga mereka yang menanya,
Apakah ini dugaan daripadaNya?

Seandainya….
Engkau tiba mendampingi diriku,
Menemani perjalananku yang onak berliku,
Tatkala fajar menyingsing suara bergema,
Masa itulah kita kan bersama,
Menjejaki setiap langkah  dan gerak-geriku,
Semestikan ku mencium dunia tersipu malu

Seandainya…..
Ini bukan seperti yang biasa,
Dan ku harus bertarung jiwa dan masa,
WasilahNya dijadikan petunjuk dan pegangan,
Adakah ini satu-satunya harapan?
Dan jika curhat ini tidak didengari,
Apa dia sandaranku di dalam kekalutan ini?

Seandainya…..
Aku punyai jawapan kepada luahan itu,
Seyogianya ku lafazkannya dengan jitu,
Akan tetapi apakan daya ku ini,
Aku hanya sebatang kara seorang diri,
Dan bukankah itu satu petanda besar,
Bahawa duniaNya ini hanya untuk bersandar


Tentang Penulis

Hafiz.Akudeta Berpegang teguh pada prinsip hidup 'Tanpa Usaha, Tiada Ganjarannya', Muhammad Hafiz Bin Salleh serupa seperti mahasiswa-mahasiswi lain yang dahagakan kejayaan. Walaupun keutamaannya tetap pelajaran, minatnya pada arena penulisan sejak di bangku sekolah menengah lagi tetap diteruskan. Minatnya terhadap bidang ini tercetus apabila karangan-karangan sekolahnya dijadikan bahan rujukan kepada pelajar-pelajar yang lain. Merasakan melalui penulisan dia mampu menghasilkan kesan kepada pembacanya, Hafiz selalu mencuba untuk terus memperbaiki gaya serta bahasa penulisannya agar dirinya mampu menulis dengan lebih baik setiap kali dia menulis artikel baru. Meskipun rakan-rakannya akui dengan keupayaan bahasa ibundanya dari segi penulisan ataupun lisan, Hafiz akur bahawa masih ada ruang yang banyak untuk memperkasakan dan menajamkan bakat yang dikurniakan ini supaya pembaca dapat menghargai segala isu-isu yang diketengahkan.

Disimpan dalam: Sastera Siswa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*




You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Bicara Minda

Lensa Kampus

Nota Editor

Santai

Sastera Siswa