Nota Editor 2011/2012!
0Alhamdullilah, bertemu lagi kami kali ini, di lembaran baru Akudeta.com untuk tahun akademik baru NUS 11/12. Sememangnya, kami sangat teruja dan bersyukur kerana dapat memulakan tahun akademik ini dengan anda semua. Bak kata pepatah Melayu, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Selain itu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada penulis-penulis dan pembaca–pembaca setia Akudeta atas sokongan yang diberikan.
Sebagai permulaan, edisi pertama Akudeta akan menyediakan pelbagai rencana-rencana yang bukan sahaja menarik malah bermanfaat untuk bacaan anda semua. Rencana-rencana seperti Bicara Minda, Lensa Kampus, Santai dan Sastera Siswa akan diterbitkan pada akhir bulan Oktober nanti. Pastikan anda semua tetap menunggu dengan sabar dan setia di Akudeta ya! Kami juga akan memperbaharui lagi AkuDeta jadi sediakanlah diri anda dengan semangat yang berkobar-kobar untuk mengharungi revolusi mini kita ini.
Kami berharap dapat membabitkan anda sekalian dalam isu-isu dan hal-ehwal walaupun hanya dalam ruang perbincangan sahaja. Oleh itu janganlah takut-takut atau segan silu untuk meluahkan pendapat-pendapat anda semua.
Pastinya, besar harapan kami agar penerbitan Akudeta dapat terus menyumbang kepada kerohanian, intelluaktisme dan perkembangan individu-individu dengan wadah ini. Moga-moga ia dapat menjana, memangkin dan membangunkan kita untuk terus menuju ke arah masyarakat yang rabbani.
Sebelum berpisah, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penerbitan dan menjayakan Akudeta sepanjang tahun akademik 10/11.
Bagi mereka yang berminat untuk menyumbangkan artikel, anda boleh hubungi kami di penerbitan@pbmuks.org.
Sehingga bertemu lagi di lain waktu, Salam sayang dan Salam sejahtera dari kami!
Wassalam,
Nurul Shafienas Salleh
Ketua Penerbitan/Head of Publication
PBMUKS ’11/’12
Faris Bin Ridzuan
Naib Ketua Penerbitan/Vice Head of Publication
PBMUKS ’11/’12


