Akudeta.com » Lensa Kampus

O.K.I.E.
“Saya mahu beli satu gratis”. Anda yang faham bahasa Indonesia pasti tahu yang gratis bermakna ‘free of charge’. Lucunya, para peserta OKIE tersilap dan ingatkan gratis adalah kad prabayar. Ada juga terfikir gratis bermakna diskaun. Ternyata, itulah di antara kenangan lucu yang terus diingati setiap peserta OKIE.

OKI – Ogan Komering Ilir merupakan salah satu kawasan pemerintahan di wilayah Selatan Sumatera.  Ini termasuk 18 daerah dan kumpulan OKIE yang bermakna (Ogan Komering Ilir Expedition) berpusat di 2 kampung di daerah Kayu Agung.

Sumber: Peserta OKIE

“Ilham membuat YEP ataupun Ekpedisi Projek Belia mula-mulanya tercetus apabila Azmil, presiden PBMUKS, mensyorkannya. Azmil yang memperkenalkan kepada kami Puan Juliah Bee daripada Mercy Relief. Menerusinya, kerjasama  PBMUKS dan Mercy Relief bermula pada September 2009. YEP merupakan pelantar bagi para mahasiswa-mahasiswi untuk berbakti kepada  masyarakat dan pada masa yang sama, menimba pengalaman yang berharga bagi pembangunan diri masing-masing,” jelas Siti Khadijah Setyo, pengarah projek OKIE yang juga ketua bagi Sekretariat Kebajikan.

Sebelum itu, Khadijah harus menarik minat mahasiswa-mahasiswi NUS agar mengikuti ekspedisi ini. Pada peringkat permulaan, sambutannya agak hambar tetapi beliau berusaha terus sehingga dapat menarik 20 mahasiswa-mahasiswi yang berminat dan besar hati menyertainya. Perancangan intensif dimulakan pada bulan Disember di mana peserta-peserta harus mengikuti kursus-kursus tertentu, mencari penaja bersesuaian, membuat program ekspedisi dengan terperinci serta membuat perkara pentadbiran yang bertali-arus di samping memastikan aspek logistik kumpulan OKIE mantap. Pengarah projek, Khadijah, diikuti dengan Siti Aishah Kusairi dan Farid telah berpeluang ke luar negara selama 3 hari untuk melihat-lihat daerah Kayu Agong sehinggakan mereka berasa tidak sabar untuk memulakan ekspedisi sebetulnya.

Bagi Siti Aishah Kusairi, membuat perancangan bagi YEP merupakan sesuatu yang mencabar kerana mereka harus pastikan semua dapat berjalan dengan lancar. Di antara cabaran yang dihadapi ialah menjadualkan mesyuarat kumpulan padahal masing-masing sibuk dengan kerja dan juga bekerja sambil belajar (internship). Satu lagi cabaran yang dihadapi ialah dari segi kewangan. Namun, Alhamdulillah, mereka mendapat sokongan kuat daripada PBMUKS, Mercy Relief, NYC dan juga dan penaja daripada Yayasan Lee, Mendaki, serta sumbangan ikhlas daripada keluarga dan teman-teman.

Sumber: Jurugambar OKIE

“Pengalaman pertama saya menaiki kapal terbang cukup tidak diduga kerana saya terfikir saya akan merasa takut tetapi hakikatnya saya berasa lebih teruja biarpun masih gementar. Saya menyertai ekspedisi ini kerana  berpeluang menaiki kapal terbang dan yang pentingnya, menimba pengalaman-pengalaman yang tidak ternilai. Ibu bapa menyokong sepenuhnya apabila saya memberitahu keputusan saya. Mereka maklum yang membuat kerja kebajikan di luar negara merupakan salah satu matlamat saya di univerisiti,” jelas Eva, mahasiswi tahun ketiga dalam pengkhususan matematik.

Nur Diyanah Amalina Abdul Rashid, mahasiswi tahun ketiga dalam pengkhususan Ekonomik pula baharu pertama kali menyertai YEP. Beliau berkesempatan mempelajari budaya baru dan mengajar anak-anak kecil semasa OKIE ilmu yang sudahpun sebati dengan dirinya. Katanya “Saya tidak jangka bahawa pengetahuan yang kami bawa bersama telah membawa seribu senyuman kepada orang ramai. Inilah kuasa berkongsi. Kuasa ilmu”.

Perkampungan Bahasa 2010
Berbekalkan usulan untuk Meneroka Lagenda, diberi masa untuk Mencungkil Rahsia sekaligus melakukan aktiviti bagi Melestarikan Minda. Itulah matlamat Perkampungan Bahasa 2010 yang dikhaskan untuk pelajar menengah tiga. Perkhemahan ini telah dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Singapura (PBMUKS) dengan sokongan Majlis Pembelajaran dan Penggalakkan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) pada bulan Jun lalu. Bertempatkan di sekitar kampus NUS pada 8, 9 dan 10 Jun lepas, Perkampungan Bahasa tahun ini memberikan lebih tumpuan kepada aspek bahasa dengan memilih untuk menggarap tema Mitos dan Lagenda.

Sumber: Muhammad Hafiz Salleh

Pemilihan tema pada tahun ini sendirinya sudah menduga minda. Di samping kumpulan dikehendaki mengupas sebuah mitos ataupun lagenda, pelajar juga dicabar untuk menghasilkan sebuah dokudrama selama tiga minit secara berkumpulan. Sememangnya, ia bukan perkara yang mudah. Menceritakan pengalamannya, seorang peserta daripada Sekolah Menengah Boon Lay, Hazrul Bin Ibrahim, 15 tahun berkata, “Kumpulan kami ada menghadapi kesulitan dari segi pembahagian watak untuk dokudrama kami. Ada yang kurang senang dengan watak yang diberikan. Lantas, masa yang digunakan untuk menyelesaikan masalah ini sepatutnya digunakan untuk melakukan perkara yang lebih penting.”

Namun, kesulitan tidak hanya tertumpu kepada peserta sahaja. Malah, pemudah cara juga mengalami kesusahan mereka tersendiri. Oleh kerana watak lagenda dan mitos ini jarang sekali diperbualkan, tidak banyak maklumat latar belakang yang diketahui mengenai watak-watak ini. Salah seorang pemudah cara, Nur Hafizah Bte Shariff, 21 tahun, menjelaskan “Terus terang saya katakan saya tidak membuat kajian mengenai tema ini sebelum menghadirkan diri untuk perkampungan ini. Jadi, apabila kumpulan saya diberi watak Radin Mas, ramai termasuk saya tercengang. Mujurlah kami dapat membuat kajian spontan dan ia banyak membantu para peserta termasuk diri saya sendiri.” Walaupun begitu, mahasiswi tahun kedua Universiti Teknologi Nanyang yang pernah juga menjadi pemudah cara pada perkampungan tahun lalu, tidak menjadikan ini sebagai hambatan bagi kumpulannya. Mereka tetap berjaya menghasilkan dokudrama mereka dengan baik.

Perkampungan ini juga tidak kurang keseronokannya. Berbanding tahun lalu, lebih banyak permainan diadakan untuk para peserta. Buat pertama kalinya, permainan bertemakan air (water games) dan perjalanan malam (Night Walk) sekitar kampus diterapkan untuk merencamkan lagi program perkampungan tahun ini. Langkah ini disambut baik oleh para peserta. Ini diakui oleh peserta menengah tiga dari Sekolah Victoria, Abdul Hannan bin Abdul Rahman, 15 tahun. Menurutnya, “Di perkampungan ini, saya dapat membuat ramai teman baru dari pelbagai sekolah serata Singapura. Kami semua bagaikan sebuah keluarga yang berkongsi suka, tawa dan duka dalam apa jua aktiviti yang dilakukan. Kalau boleh saya rumuskan pengalaman saya dalam perkampungan ini dalam satu ungkapan, saya akan berkata “Sebuah perkampungan yang sukar untuk dilupakan”.”

Sumber: Muhammad Hafiz Salleh

Sememangnya perkampungan bahasa tahun ini telah banyak mendatangkan memori yang sukar dilupakan. Sebagai pemudah cara buat kali kedua, saya sendiri merasakan perkampungan tahun ini berjalan dengan lancar. Persahabatan yang lama terus dieratkan dan persahabahatan yang baru dijalinkan. Meskipun saya lebih berpihak kepada perkampungan bahasa pada tahun lepas kerana saya menyertainya buat julung-julung kalinya, apa yang membuatkan saya sukar untuk melupakan tahun ini ialah semangat persahabatan tahun ini lebih terserlah. Bagi saya, saya boleh rumuskan Perkampungan Bahasa 2010 dengan pantun ini;

Perkampungan Bahasa selesai sudah,

Persahabatan dijalin mengeratkan semua,

Mitos Lagenda pilihan madah,

Menyatukan pelajar dan mahasiswa.

Pesta Pantun 2010
Sumber: Penganjur Pesta Pantun

Santapan diraja sudah dihidang,

Enak dijamu bersama si dayang.

Berakhir sudah acara gemilang

Tradisi dijunjung, Juara dijulang.

Pada 6hb Mac 2010, telah berlangsungnya peringkat akhir bagi Pesta Pantun 2010 iaitu suatu pertandingan berbalas pantun anjuran Sekretariat Persuratan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Singapura (PBMUKS). Pertandingan yang dapat mencungkil bakat-bakat kreatif berpantun dari kalangan pelajar-pelajar posmenengah itu juga bertujuan untuk melestarikan tradisi berpantun yang sememangnya merupakan kebanggaan budaya Melayu kita.

Pertandingan Pesta Pantun 2010 yang bertempat di Perpustakaan Masyarakat Geylang East itu menyaksikan tiga sekolah terhandal yang telah mara ke peringkat akhir iaitu Maktab Rendah Anderson, Institusi Raffles (Maktab Rendah) dan Maktab Rendah Yishun. Ketiga-tiga sekolah mempunyai misi yang sama iaitu untuk merebut piala juara yang disumbangkan oleh Tuan Suratman Markasan, yang juga merupakan tetamu terhormat pada hari itu.

Peringkat akhir Pesta Pantun yang bertemakan “Meniti Jalan Kenangan” begitu sengit sekali di mana tuntutan pertandingan memerlukan kewibawaan dan ketrampilan yang gah dari setiap peserta. Tentunya keenam-enam pusingan pada peringkat akhir amatlah mencabar, terutama sekali pusingan terakhir yang memerlukan peserta menyisipkan nama-nama benda misteri ke dalam pantun enam kerat mereka. Tidak lupa juga, pusingan drama yang menampilkan kebolehan para peserta berdialog menggunakan pantun dua kerat. Sungguh mencuit hati melihat gelagat peserta-peserta dalam pusingan ini! Ada yang sempat menyisipkan elemen jenaka dalam lakonan mereka!

Semestinya, para penyokong dan guru-guru bagi sekolah yang bertanding berasa ghairah untuk mengetahui sekolah manakah yang akan merebut takhta Juara. Namun, keputusan terletak pada kearifan dan keadilan para juri pada hari itu, iaitu Cikgu Selamat Omar, yang juga merupakan pengendali bengkel Pesta Pantun 2010, Cikgu Kartini Anwar, Puan Haryani Ismail dan Encik Riz Sunawan. Lantas, sekolah manakah yang dapat menarik hati para pengadil dan layak menjadi Juara?

Sumber: Penganjur Pesta Pantun

Kerana muafakat dan satu kata,

Segala impian menjadi nyata.

Kerana bakat dan juga gaya,

Maktab Yishun meranggul takhta!

Terserlah kehebatan Maktab Rendah Yishun apabila mereka dinobatkan sebagai Juara bagi Pesta Pantun Edisi Keempatbelas itu. Tuah mereka tidak berhenti setakat itu sahaja, malah anugerah Pemantun Terbaik peringkat akhir juga dimenangi oleh salah seorang peserta mereka, Muhammad Andyqar, yang candi lagi berbakat. Tempat kedua yang dimenangi oleh Institusi Raffles (Maktab Rendah) dan tempat ketiga oleh Maktab Rendah Anderson juga tidak kurang hebatnya. Syabas diucapkan kepada ketiga-tiga sekolah, dan juga semua sekolah yang menyahut cabaran Pesta Pantun 2010. Semoga ketemu lagi di temasya pantun pada tahun hadapan!

KABUS
Dan mereka seringkali berkata, rumahku adalah syurgaku. Namun pernahkah terlintas di fikiran anda unsur ironi yang terkandung dalam kiasan ini?

Sumber: Seketariat Seni PBMUKS

Syurga dibayangkan sebagai sebuah tempat yang suci lagi sempurna dan kesempurnaan ini dikatakan tiada tandingnya. Manakala rumah merupakan tempat berteduh keluarga yang pada masa yang sama, turut menjadi saksi segala ‘drama’ yang berlaku dalam ruang berempat penjuru itu. Makanya, bagaimanakah analogi ‘rumahku syurgaku’ berkesan sekiranya kita secara peribadi tahu bahawa kisah rumah kita masing-masing tidak sesempurna sepertimana syurga itu dibayangkan?

Kabus- Pentas Budaya 2010 yang diterajui sekretariat seni dalam Persatuan Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Singapura(PBMUKS) bakal mementaskan secara kreatif dan artistik perihal ‘syurga’ yang disebutkan di atas ini. Kabus bertujuan  memaparkan garisan kurang jelas, dan lantas kabus,  yang memisahkan dua domain penting dalam kehidupan kita sebagai manusia; satunya yang kita anggap sebagai ‘rumah’ manakala yang satunya lagi apa yang kita bayangkan sebagai ‘syurga’.

Menurut naib ketua seni Nafisah Anwar, konflik-konflik yang bakal diketengahkan dalam Kabus diharapkan dapat mendorong para penonton untuk bermuhasabah diri dan berfikir tentang apa sebenarnya peranan kita sebagai manusia dalam sesebuah masyarakat.

Beliau yang turut berperanan sebagai penulis skrip dan juga pengarah bagi pementasan ini mengharapkan bahawa para penonton dapat menghayati pementasan ini secara mendalam dengan menggunakan emosi sebagai alat untuk menghayati. Kerana bagi beliau, kebolehan menghayati inilah yang boleh mencerminkan kejayaan beliau menyampaikan apa yang diniatkan.

Pementasan beraliran komedi gelap ini bakal menumpukan kepada empat keluarga Melayu Singapura yang menetap dalam blok HDB yang sama. Mereka seringkali terserempak dengan satu sama lain, khususnya dalam lif blok HDB berkenaan, tetapi mereka tidak begitu cenderung untuk berinteraksi dengan masyarakat mahupun sesama mereka sendiri.

Sumber: Seketariat Seni PBMUKS

Lif yang sama dijadikan ruang pertemuan antara mereka. Senyuman sentiasa terukir di bibir mereka, diselangi anggukan kepala setuju. Sayangnya, mereka sekadar berwayang.

Keadaan ini beransur hilang pada saat ruang lif ditinggalkan dan mereka berpisah ke rumah masing-masing di mana pintu rumah ditutup rapat sekaligus menutupi rahsia alam “syurga” mereka.

Apakah rahsia yang diselindungkan oleh keempat-empat keluarga ini? Begitu hitamkah rahsia mereka sehingga terpaksa berwayang dan berlakon di khalayak ramai?

Rahsia ini bakal terbongkar di atas pentas UCC pada 11 April 2010 nanti pada 3.30 petang dan 7.30 malam.

Penempahan tiket boleh dibuat secara dalam talian melalui emel di pentasbudaya2010@gmail.com ATAU anda boleh hubungi saya (Hannah) di talian 91153437 ATAU Saudari Zahirah di talian 98375572. Sila nyatakan nama penuh anda, nombor kad pengenalan, nombor telefon, emel dan juga sesi manakah (petang atau malam) yang anda berminat untuk hadiri.

Badan Sihat, Minda Pun Sihat
Apakah cara yang lebih baik untuk memulakan tahun baru daripada bersukan sambil bersama keluarga dan rakan-rakan? Inilah yang telah dilakukan sekitar 300 orang yang terdiri daripada anggota pihak Masjid Tentera, mahasiswa Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) dan anggota masyarakat di acara ‘Badan Sihat Minda Pun Sihat 2 (BSMPS2).

Sumber: Facebook

Acara ini telah dianjurkan oleh pihak Masjid Tentera dan NUS Muslim Society (NUSMS) buat julung kalinya pada 10hb Januari 2010 di Kelab Masyarakat West Coast (West Coast CC). Ia merupakan acara penutup bagi kegiatan-kegiatan keluarga yang telah dianjurkan Masjid Tentera bagi para penduduk di daerah Clementi dan West Coast.

Bermacam-macam kegiatan yang telah diadakan pada hari itu, antaranya sesi bersenam untuk semua lapisan masyarakat, termasuk penduduk yang menetap berdekatan dengan West Coast CC, dan pertandingan bola sepak bagi kanak-kanak di bawah umur 14 tahun. ‘Challenge Trophy’ antara Masjid Tentera dan mahasiswa NUS, dimana kedua-dua pihak telah bersaing dalam beberapa acara sukan, dan ‘Family Telematch’ untuk keluarga-keluarga yang hadir, merupakan keemuncak acara.

Selain kegiatan bersukan, semua yang hadir di West Coast CC pada hari itu juga telah terhibur dengan persembahan dari Didi Cazli dan kumpulan dikir barat NUS. Gabungan bersama NUSMS bagi acara penutup ini merupakan satu usaha bagi kedua pihak untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara Masjid Tentera dan mahasiswa NUS.

Seperti yang dikatakan Ahmad Aizat Rahmat, Presiden NUSMS, “Sudah menjadi tanggungjawab kami sebagai mahasiswa untuk berbakti kepada masyarakat dan menyokong jiran kami. Jiran terdekat mahasiswa NUS adalah Masjid Tentera dan memang penting untuk kami bekerjasama agar pertalian menjadi semakin baik.”

Sumber: Facebook

Ketua acara dari pihak NUSMS, Nur Khairun Husaini, juga berkongsi pendapat. Baginya, acara BSMPS2 adalah satu permulaan bagi pihak Masjid Tentera dan mahasiswa NUS untuk bekerjasama dalam pelbagai acara lain.

Bukan sahaja pihak penganjur yang dapat merasakan pengeratan silaturrahim yang BSMPS2 telah kecapi, bahkan para mahasiswa NUS dan sukarelawan Masjid Tentera turut dapat mengenali satu sama lain.

Sebagai persambungan bagi BSMPS2, pihak Masjid Tentera telahpun mengadakan acara makan malam di Masjid Tentera pada 23hb Januari 2010. Dengan acara kecil-kecilan sebegini, memang sangat diharapkan agar pertalian diantara mahasiswa NUS dan Masjid Tentera akan semakin rapat, terutama memandangkan kami semua berjiran.

Forum PBMUKS-MSS: Mengupas Isu Kelas Bawahan Melayu Singapura
Sumber: Facebook

Kelas Bawahan Melayu Singapura semakin berleluasa, apakah penyelesaiannya?

Masalah sosial dalam masyarakat Melayu sering mendapat perhatian media. Masalah-masalah ini dihubung-kaitkan dengan keluarga pincang, pendapatan rendah dan tahap pendidikan rendah. Baru-baru ini pula masalah kebobrokan masyarakat hangat diperkatakan. Ini menyusuli insiden tragik, pembunuhan Allahyarham Muhammad Nor Rashidy Rahmat atau ‘Edy’ pada November lalu.

“Menyusuli kejadian ini, Dr Yaakob Ibrahim, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarkat Islam, telah menyuarakan kebimbangannya terhadap kurangnya perhatian diberikan serta tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah kepincangan keluarga dalam masyarakat kita. Jika isu ini tidak disentuh sekarang, satu golongan kelas bawahan akan wujud,” kata Izzati Umar, penganjur forum PBMUKS-MSS yang bakal diadakan pada 29hb Januari 2010. Forum ini mengajak mahasiswa dari universiti-universiti setempat [NUS, NTU, SMU, SIM] untuk berkongsi pendapat dan bersama-sama mencari jalan huraian bagi masalah yang berat ini.

“Melalui forum ini, kami berharap siswa-siswi dapat menyuarakan pendapat mereka. Mungkin mereka dapat mencadangkan huraian bagi menangani isu sosial ini, supaya ia tidak berlarutan,” tambah Izzati Umar. Forum ini turut akan mengetengahkan persoalan golongan kelas bawahan. Seperti yang dapat diperhatikan, menyusuli kenyataan daripada Dr Yaakob Ibrahim, terdapat banyak keratan akhbar yang memaparkan masalah keluarga pincang. Masalah kepincangan keluarga turut kian dikaitkan dengan perkahwinan pada usia muda, dan ditakuti masalah ini akan berlarutan sehingga menjejas generasi akan datang. Di sinilah golongan kelas bawahan ditakuti akan berleluasa dan menyekat lagi usaha membangunkan masyarakat Melayu agar setanding dengan kaum-kaum yang lain. Oleh itu lingkaran musibah ini harus dihentikan.

Sumber: www.montclair.edu

Ada juga yang menggesa masyarakat agar lebih responsif terhadap masalah ini. Masalah berat seperti ini perlu rangka huraian yang menyeluruh serta usaha gigih daripada masyarakat kita sendiri. Menyusuli kebimbangan ini juga, Dr Maliki Osman mendedahkan inisiatif kerjasama badan-badan Melayu dan NUS dalam mengkaji dan mencari punca kepincangan dan bagaimana ia berlaku. Dalam menghadapi masalah ini kepakaran amat diperlukan supaya ia boleh ditangani dari pangkalnya. Justeru, sebagai mahasiswa, kita mampu menyumbang sedikit sebanyak kepada isu-isu sosial masyarakat, dan forum ini boleh dijadikan platform bagi kita mengetengahkan perspektif mahasiswa. Jika anda berminat untuk menyertai forum ini, sila rujuk ke poster yang disertakan.

Kecoh Kecoh Karnival (KKK)
Jika diberi tiga keinginan, apa yang anda mahukan?

Seandainya remaja seusia kita ditanyakan soalan sedemikian, kemungkinan besar senarai keinginannya bakal melebihi tiga keinginan yang ditetapkan.

Namun, apabila soalan yang sama ditanyakan kepada penduduk cilik di Rumah Kanak-kanak Darul Ma’wa, respon-respon yang diberikan merangkumi perkara-perkara yang comel lagi melucukan seperti berjalan-jalan di Taman Haiwan, mahupun perkara-perkara biasa yang kita sebagai remaja beruntung ambil ringan, misalnya keperluan mandi.

Sumber: KKK

Permintaan-permintaan mereka ini telah sedikit sebanyak dipenuhi oleh para pelajar Universiti Kebangsaan Singapura sendiri yang memainkan peranan dalam menyokong acara Kecoh Kecoh Karnival anjuran bersama Persatuan Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Singapura (PBMUKS)  dan Muslim Society serta disokong oleh kumpulan tarian Ilsa Tari, Persatuan Silat NUS dan juga Malay Studies Society.

Kecoh Kecoh Karnival meliputi dua bahagian, bahagian pertama merupakan satu sesi pembahagian hadiah pada 21 Disember untuk penduduk cilik di Rumah Kanak-kanak Darul Ma’wa di mana hadiah-hadiah yang diberikan ditaja oleh para pelajar NUS sendiri berdasarkan senarai permintaan kanak-kanak tersebut.

“ Kami telah Rumah Kanak-kanak Darul Ma’wa dan merekakan sebuah cerita tentang Nenek Keropok yang kini sudah insaf dan ingin menghulurkan bantuan kepada mereka, dan apa yang perlu mereka lakukan adalah hanya untuk menuliskan keinginan mereka itu, yang kononnya akan kami kirimkan kepada Nenek Keropok yang kini sudah menjadi Fairy Godnenek agar dapat ditunaikan untuk mereka,” jelas Hanan, selaku pengarah projek bagi acara tersebut.

Sumber: KKK

Di samping itu sebuah karnival sehari bakal dilangsungkan pada tanggal 23 Disember untuk memberi peluang kepada kanak-kanak ini untuk menyertai permainan-permainan yang bukan sahaja seronok, malahan mempunyai unsur pendidikan.

Menurut pihak jawatankuasa bagi acara ini, respon yang diberikan untuk acara Kecoh Kecoh Karnival sememangnya amat memberangsangkan dan sejauh ini, setiap kanak-kanak yang menetap di Rumah Darul Ma’wa telah berjaya diberi tajaan sekurang-kurangnya dua hadiah setiap seorang.

Kata Sufina sebagai ketua keseluruhan acara ini, “Walaupun kami mengorbankan masa untuk mengendalikan KKK, ini tidak ada nilainya berbanding keceriaan yang bakal kami berikan kepada kanak-kanak tersebut. Sesungguhnya, semua usaha kami ini adalah semata-mata untuk mereka sahaja.”

Iftar Muhibah cum Acara Kenal-Suai
daripada Kamielah Khairoullah

Persatuan Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Singapura (PBMUKS) telah menganjurkan acara ‘Iftar Muhibah cum Acara Kenal-Suai’ pada hari Rabu, 26 Ogos 2009. Pada tahun ini, dua acara yang selalunya diadakan pada berlainan hari telah digabungkan. Maklumlah, Ramadhan tahun ini bertembung dengan saat-saat awal sekolah bermula.

Sumber: Facebook

Acara ini bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara mahasiwa-mahasiswi di NUS, kerana sesungguhnya (menurut orang-orang dahulu), tali persaudaraan itu boleh diperkukuhkan di meja makan (makan bersama di lantai juga boleh ). Selain itu, ia juga merupakan kesempatan untuk jawatankuasa PBMUKS 2009/2010 memperkenalkan diri mereka dan mendedahkan aktiviti-aktiviti yang akan berada di bawah naungan PBMUKS.

Walaupun ramai yang harus menghadiri kuliah pada esok hari, sambutan bagi acara in amat mengharukan. Para mahasiswa dari tahun pertama hinggalah tahun keempat turut menghadiri acara ini.

Oleh kerana acaranya bermula kira-kira jam 6.30 petang, ramai yang tidak sabar berbuka puasa. Makanan yang telah disediakan di luar bilik amat menyelerakan, dan sebaik sahaja azan berkumandang, itulah tanda bagi kami untuk berpusu-pusu mendapatkan minuman.

Sesi iftar yang bermula selepas solat amat memuaskan. Maklumlah, setelah sehari berpuasa, makanan yang cukup enak dan suasana yang meriah boleh menaikkan selera sesiapapun. Di sesi iftar itu juga di mana ramai yang saling berkenalan, terutama sekali mahasiswa tahun pertama.

Setelah makan (dengan lahapnya), memang nikmat bagi kami untuk berehat di dalam bilik yang berhawa dingin sambil mengenal-suai jawatankuasa PBMUKS 2009/2010 dan mengetahui lebih lanjut tentang sekretariat PBMUKS dan akitiviti-aktiviti yang akan dilancarkan pada tahun ini.

Pada keseluruhannya, memang acara ini satu kejayaan bagi jawatankuasa PBMUKS yang baru. Ia memang merupakan satu acara yang boleh dibanggakan untuk memulakan tahun akademik yang beru ini.

Seperti yang dikatakan mahasiswa tahun pertama, Aisyah Abdul Khalim, “Ia peluang yang baik untuk merapatkan lagi silaturrahim masyarakat Melayu-Muslim di NUS dan pada masa yang sama, kami dapat lebih mengetahui misi & visi PBMUKS. Dari situ kami lebih bersemangat untuk memberi sokongan dan bekerjasama dengan PBMUKS”

Harapan kita, harapan bersama
daripada Nur Haizum Abdul Razak

Bercakap tentang kehidupan di menara gading, memang banyak pengalaman bermakna yang boleh diraih oleh seorang pelajar. Bagi mahasiswa tahun pertama, pengalaman mereka baru sahaja bermula dengan mulanya penggal sekolah. Dalam menjejak langkah ke alam baru, terbitlah beberapa harapan untuk kehidupan di institusi ini. Mari Kita tinjau harapan yang dikongsi beberapa pelajar.

Apabila ditanya tentang harapan, jawapan yang sering diberikan adalah menyesuaikan diri secepat mungkin kepada budaya dan suasana di kampus. Ramai yang kata budaya di sini teramatlah berbeza dengan sekolah dahulu. Pelajar dianggap lebih matang dan bertanggunggjawab dan bekelakuan seperti orang dewasa, dan ada yang merasa agak gentar apabila baru melangkah masuk ke institusi ini.

Sumber: Contexts

Ada pula yang rasa dari segi akademik ia lebih mencabar. “Jadual masa saya amat padat, dan saya sudah merasakan tekanan dalam pembelajaran. Saya hanya berharap dapat mengatasi tekanan ini dan berjaya dari segi akademik,”ujar Siti Nurshahidah Osman, mahasiswa daripada fakulti sains. Beliau juga berkata bahawa sistem pembelajaran di sini juga amat berbeza, kerana ia lebih interaktif. “Dari sini kita belajar mengetengahkan pendapat, dan berfikir dengan lebih kritikal. Ia merangsang saya untuk menjadi lebih terbuka dan ekstrovert apabila saya menyertai perbincangan dalam kelas,” tambah beliau.

Sumber: Gonzaga University

Selain itu, antara harapan yang dikongsi mahasiswa tahun pertama adalah meluaskan rangkaian persahabatan. “Melalui interaksi dengan rakan-rakan daripada pelbagai latar belakang, saya percaya pengalaman di menara gading akan menjadi lebih berwarna-warni dan bermakna,”kata Fathimatu Zuhara, seorang mahasiswa daripada fakulti kesusteraan dan sains kemasyarakatan. Menjalinkan persahabatan bukan sahaja dapat membantu kita untuk menyesuaikan diri dalam sekitaran baru, ia juga boleh memudahkan proses pembelajaran. Namun, sikap berdikari juga penting kerana ia adalah kunci mengharungi kehidupan di sini. Beliau juga berharap dapat meningkatkan diri dan keyakinan dengan melibatkan diri dengan acara-acara di kampus.

Impian untuk melangkah ke menara gading yang bertaraf antarabangsa tentunya sudah menjadi impian bagi semua mahasiswa tahun pertama. Namun, dalam meniti kehidupan baru ini terdapatlah pelbagai cabaran yang harus diharungi. Mengasmilasikan diri ke dalam sekitaran kampus perlukan usaha, masa, dan mungkin pertolongan, tidak kiralah  dari maktab rendah, politeknik ataupun baru selesai perkhidmatan negara. Secara keseluruhan, mahasiswa baru mengongsi harapan agar kehidupan di menara gading dapat mempersiapkan diri mereka untuk alam pekerjaan serta membentuk mereka menjadi individu yang bukan sahaja berpengetahuan, tetapi juga terbuka, berkeyakinan, dinamik dan berdikari. Dengan sokongan rakan-rakan dan juga pertolongan daripada senior, moga-moga harapan setiap mahasiswa dapat tercapai.

Graduates’ High Tea event
CALLING ALL 2007, 2008 AND 2009 MALAY OR MUSLIM GRADUATES!

Looking for opportunities to start up your career?

Planning to upgrade yourself?

Sourcing for advice in setting up your own business?

Do you want tips on how to excel in this economic downturn?

Sumber: Mendaki

Come join us for our Graduates’ High Tea event – a place for you to network with professionals and fellow graduates!

What’s in store for you?

Panel Discussion: Roughing the Edge, Making the Cut

Well-known figures from the Public and Private sectors will share with you their views on the current job market as well as tips on how you can be a survivor amidst the economic downturn.

Speakers:    Mr Zaqy Mohd (Member of Parliament)

Mr Sujimy Mohd (ScreenBox Chairman)

Mr Abdul Rahim Tahir (MD of DHL)

On top of that, you have a choice of one of the following sessions for an in-depth discussion on the following topics: –

1.     Mining your Mind:  Exploring the options for Further Studies

Hear from the speakers on their experiences in a range of educational environments, both local and overseas, and find out more on the educational opportunities as well as potential avenues to obtain funding/scholarships.

Speakers:    Ms Rita Zahara (PhD Student and Journalist)

Ms Hazlina Halim (Masters Student and TV presenter)

2.     Polishing the Cut:  Standing out through effective corporate etiquette and networking

Pick up tips on how you can stand out from the average employee just by having that bit of magic and self-confidence in you.

Speakers:    Mr Tengku Indra (Founder of International Human Capital Development Consulting)

Dr Sharifah Mariam Aljunied (Educational Psychologist)

3.     Increasing your carats and wallet:  Maximise your net worth and embark n the entrepreneurial journey

Be inspired and start living your dreams after listening to our local entrepreneurs’ experiences and challenges in making it out on their own.

Speakers:    Mr Sani Hamid (Director of Financial Allianz)

Mr Annuar Baharom (Founder of Carry on Sound and Senior Architect)

Graduates’ Tea 2009 is free!

Don’t wait any longer! Reserve a seat today at www.mendakiclub.org.sg/gradstea

For more information, please contact Aishah at 6245 5818 or email gradstea@mendakiclub.org.sg