Akudeta.com » Sastera Siswa

Kelahirannya
Sumber: photo.net

mari tangan yang menggoncang buaian

kejutkan cucu-cucu Adam

tubin kita bakal menyambut

kelahiran dunia

tatkala selaput janin bumi

(yang engkau panggil atmosfera)

dibedah pisau-pisau pembangunan

lahirnya bumi nanti

kita tangiskan

Mukhsin
Sumber: quaintly.net

Mukhsin, filem arahan Allahyarhamha Yasmin Ahmad, pada awalnya tampak seperti filem yang biasa ditayangkan untuk orang Melayu dan ditonton oleh orang Melayu; bagaimana kehidupan perkampungan itu menjadi latar filem dan disebatikan dalam naluri watak-watak. Namun, filem yang telah memenangi beberapa anugerah serta pengiktirafan di peringkat antarabangsa itu ternyata bukan sekadar filem Melayu biasa kerana wujudnya elemen-elemen kontroversial yang disengajakan untuk menjana pemikiran kritis di kalangan para penonton.

Filem bertemakan persahabatan ini sememangnya telah memecahkan batasan kepada isu-isu yang dianggap sensitif dalam masyarakat Melayu. Antaranya adalah betapa beraninya si dalang cerita mengetengahkan isu kepincangan keluarga, keruntuhan sahsiah di kalangan masyarakat muda (contohnya gejala meminum arak) tatkala kemelayuan diancam dan mungkin dihakis oleh kebaratan. Namun apa yang menarik dalam filem ini ialah isu-isu tersebut diselitkan dengan begitu bersahaja tanpa sebarang penapisan hinggakan pada akhirnya, ia mudah diterima penonton sebagai sebuah filem zaman kanak-kanak yang diperlihatkan melalui watak-watak Orked dan Mukhsin. Konflik utama, iaitu pergolakan antara cinta dan persahabatan yang digambarkan dua watak utama ini turut menambahkan rencam pada perkembangan cerita.

Kekuatan filem ini juga terletak dalam cara pengarah memberi tumpuan kepada watak-watak yang dianggap tidak utama atau penting ketika mengutuskan tema dan unsur-unsur pengajaran. Contohnya, penekanan terhadap watak pembantu bagi keluarga Orked yang dilakonkan oleh Adibah Noor, dengan jelasnya menguatkan isu kasih sayang yang diperlukan dalam sebuah keluarga agar bahagia, yakni hubungan kekeluargaan yang utuh. Keluarga Melayu yang fasih berbahasa Inggeris digambarkan sebagai bebas dari segala ancaman negatif luaran, tidak seperti jiran mereka yang dilanda pelbagai masalah stereotipikal kerana berpemikiran tertutup.

Para penonton pasti teruja melihat bagaimana Allahyarhamha Yasmin Ahmad tidak perlu mengikut norma-norma filem Melayu dengan menitipkan hal-hal yang dianggap tidak biasa bagi masyarakat Melayu secara amnya. Umpamanya, Orked dihantar ke sekolah Cina dan keluarganya menunjukkan keindahan bernyanyi serta menghabiskan masa bersama-sama sebagai cara untuk menyatukan hati mereka. Bezanya, sebebas mana keluarga Orked digambarkan dan betapa kebaratannya mereka sekeluarga, mereka tidak lupa dengan tuntutan ajaran Islam di mana mereka tetap menunaikan fardhu bersolat secara berjemaah dan Orked diajar mengaji. Keseimbangan itulah yang menjadi pegangan keluarga Orked.

Sumber: quaintly.net

Menerusi filem Mukhsin, Allahyarhamha Yasmin Ahmad tidak perlu menggunakan kekata lancang dalam skripnya untuk mengkritik apa yang dianggap pincang dalam masyarakat Melayu. Malah, beliau tidak bermain hanya dengan stereotaip orang ramai mengenai masyarakat itu sendiri. Watak-watak dalam Mukhsin hanya perlu menggunakan perkataan yang mudah, ringkas dan padat bagi mengetengah sesebuah isu. Hanya dengan menghidupkan dan mengembangkan watak Orked dan Mukhsin yang murni dan keanak-anakan, beliau dapat dengan liciknya menimbulkan persoalan dalam minda para penonton tentang apakah yang dianggap lumrah dalam masyarakat Melayu. Apabila tumpuan diberikan kepada kedua watak kanak-kanak ini dengan pengkhususan pada cinta pertama, semua adegan lain seolah-olah tersusun rapi mengikut arus cerita zaman kanak-kanak yang berjudul Mukhsin ini.

Angin timur bertiup kencang,

Mengambil teduh si gadis Melayu.

Cinta pertama pasti dikenang,

Manis terasa umpama madu.

Udara
Sumber: hdwallpapers.in

Udara

Oleh Asmin

Udara disini sesak sekali

persis penyakit yang tenat pernafasannya

dalam sedetik

2.3 juta sedutan

dalam ruang yang terlalu sempit

dihembus kembali

dan setiap hembusan dipadati racunan

bakal disedut lagi

berulang dan terus berselang

hingga pada saatnya

ada terpaksa dan dipaksa

untuk mencium bumi

di sini …… mengalah bererti pasrah

kerana setiap detik adalah perebutan

antara perut kekalutan

dengan kemewahan atas injakan

hingga ada yang tidak punya ruang sama sekali

untuk bernafas lagi

pabila udara dicuri

oleh kaki yang terpijak

kehidupan mesti diperjuangkan

biar bagaimana sesak

biar bagaimana kotor

udara wajib direbut

untuk bernafas sesaat lagi

Menggunakan aspek simbolik, ‘udara’ dipilih oleh penulis sajak sebagai sesuatu yang amat diperlukan oleh semua dan ia boleh menimbulkan perebutan kerana bilangannya yang sedikit. Ia cuba mengingatkan kita semua akan betapa hebatnya persaingan yang wujud di negara ini. Walaupun sajak ini dikarang pada tahun 1979 dan menggunakan konteks Singapura pada waktu itu, namun ia masih relevan hingga ke hari ini kerana isu-isu yang dikupas tidak luput ditelan masa dan tetap malar segar.

Oleh kerana tema yang digarap edisi ini berbunyi “Minat”, sajak ini menerangkan akan percubaan dan seberapa jauh seseorang itu sanggup untuk mengharungi pelbagai dugaan untuk mencapai matlamatnya hanya dengan didorongi minat. Sememangnya minat yang mendalam mampu menggalak seseorang itu untuk melakukan perkara yang diluar dugaan. Bak kata pepatah, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.”

Sajak diatas memaparkan tema yang universal dan ini merupakan kekuatan utama sajak ini. Di dunia dimana tiada seseorang pun yang terlepas daripada persaingan, kita diingatkan agar terus berjuang untuk memastikan kenancapan kehidupan kita. Negara-negara akan terus mencuba untuk berarak ke puncak kemodenan di bawah panji globalisasi dan kita sebagai penghuninya harus ada semangat untuk tidak menyerah kalah. Seperti yang ditukil daripada sajak, bagi mereka yang tidak mampu atau tidak mempunyai minat untuk meneruskan kehidupan, mereka akan mengalami kesusahan “persis pesakit yang tenat pernafasannya” dan ada pula yang gagal lalu “terpaksa dan dipaksa untuk mencium bumi.”

Tambahan pula, jika diamati isi sajak ini, banyak pengajaran yang boleh diambil. Bait yang berbunyi, “di sini ….. mengalah bererti pasrah” dengan mudah menyeru si pembaca untuk tidak berputus asa dan terus melawan segala rintangan yang dihadapi. Sebagai pelajar juga, kita seharusnya cekal apabila menghadapi kesemua ini tidak kira di mana juga anda berada. Sajak ini juga menggunakan patah-patah perkataan yang senang dan mudah sekaligus membuat sajak ini mempunyai rima dan ritma yang menarik dan sedap didengar.

Sumber: gratitudecollections.net

Sajak ini tidak banyak cacat celanya. Bahasa yang digunakan seperti diksi yang digunakan tepat kepada tema yang ingin dipaparkan. Pemilihan kata yang ada bersangkut paut dengan ‘udara’ seperti ‘hembusan’ dan ’sedut’, mempermudahkan lagi untuk sajak ini diikuti. Unsur-unsur perbandingan juga digunakan untuk memperindah sajak ini. Perkataan dan frasa yang menunjukkan simili (persis) dan metafora (hembusan dipadati racunan) membuat sajak ini lebih mantap. Nada sajak ini juga jelas dimana ia menonjolkan perasaan yang bersemangat seiringan dengan tema yang menyeru agar tidak menyerah kalah.

Walaubagaimanapun oleh kerana penulis sajak menggunakan unsur simbolik, iaitu menyamakan ‘udara’ dengan ’sesuatu yang mustahak’, sesetengah pembaca mungkin akan mendapati ia sukar untuk difahami. Mentelah lagi, pemilihan perkataan oleh penulis walaupun mudah, ia seringkali mempunyai maksud yang tersirat. Ini mungkin akan menyukarkan pembaca memahami erti sebenar sajak ini.

Kecap Bahagia
Sumber: photo.net

Melukis seribu perkataan

Menangkap bola-bola impian

Yang ku minati membebaskanku

Keseronokan

Masa berlari tak diendahkan

Hidup bak siri kartun

Tawa yang berseri-seri

Menyerikan lagi

Minat

Terselit semangat yang berkobar-kobar

Berwarna-warni

Tak akan luntur semangat ini

Dalam kekalutan zaman

Penuh kehalusan jiwa

Tulus

Melawan arus hidup bandar kelabu

Ke arah bahgia

Walau sementara cuma

Akan ku ulang jua

Perihal Membuat Pilihan
Sumber: Flickr

Petiakan sekeliling,

cedok intipati,

jadikan tauladan

Imbas sejarah,

selami iktibar,

jadikan pegangan

Lakar langkah,

semak cita-cita,

jadikan impian

Ikut benak,

kikis dengki,

jadikan ingatan

Hurai persoalan,

tanya bijak pandai,

jadikan sandaran

Ambil mizan,

elok tidaknya,

jadikan pertimbangan

Natijahnya

tinjau masak-masak baru buat pilihan.

Rumah
Sumber: Wordpress

Jika sepuluh orang ingin memasuki sebuah rumah, dan

hanya sembilan yang menemukan jalan masuk,

yang kesepuluh mestinya tidak mengatakan,

“Ini sudah takdir Tuhan.”

Ia seharusnya mencari tahu apa kekurangannya.

-Jalaluddin Rumi

Puisi ini telah dikarang oleh Maulana Jalaluddin Rumi, seorang ahli Sufi yang amat masyhur dari Negara Parsi dalam abad ke 13. Apa yang telah menarik perhatian saya mengenai puisi ini adalah keringkasannya dari segi pemilihan kata dan penyampaiannya. Ia tidak perlu bergantung pada pembangunan kata yang ‘puitis’ dari segi penggunaan unsur-unsur bahasa kesusasteraan seperti metafora dan simbolisme. Teknik ini malah membantu menyampaikan mesej puisi ini dengan amat berkesan dan mendalam, terutama baris yang terakhir yang berbunyi, “Ia seharusnya mencari tahu apa kekurangannya.” Baris ini sahaja cukup untuk merangkumi pesanan yang ingin disampaikan dalam karya ini.

Ada beberapa perkara yang dapat digarap menerusi puisi yang hebat ini. Mesej yang paling ketara adalah kepentingan sikap bermuhasabah diri dan tidak menyalahkan takdir. Puisi ini menekankan tentang kepentingan mencari jalan keluar tatkala berhadapan dengan masalah. Ini kerana meskipun kita seolah-olah dilepaskan dari peluang untuk melakukan sesuatu, tidak semestinya kita terus berputus asa. Malah apa yang lebih penting adalah untuk mencari sebab-sebab atas mengapa kita terlepas daripada menerima peluang itu.

Puisi ini, dengan keringkasannya dari segi pemilihan kata, amat berkesan dalam menyampaikan mesej yang amat mendalam. Ia amat mudah difahami oleh pembaca awam, namun pada masa yang sama, amat berkesan dalam mengajak kita berfikir secara serius.

Menatap Wajahnya
…Cikgu, inilah balasanku pada segala curahan kasih pegorbananmu.

Terimalah seadanya!… (Anak Laut, halaman 67)

Seringkali cerpen-cerpen yang bertemakan pengorbanan menyingkap isu tersebut melalui watak-watak yang mempunyai pertalian darah. Namun, cerpen ‘Menatap Wajahnya’ karya Siti Hajar Mohd. Zaki menyelam isu pengorbanan melalui pendekatan yang berbeza. Watak penyelamat dalam cerpen ini tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengan insan yang dibantunya. Dalam cerpen ini, penulis telah menyingkap pengorbanan seorang guru, Cikgu Balkis, melalui sudut pandangan anak muridnya iaitu Muliati.

Sumber: Wordpress

Cerpen yang terkandung dalam antologi ‘Anak Laut’ ini merupakan salah satu cerpen yang turut digunakan dalam pembelajaran Sastera Melayu peringkat GCE ‘O’. Sebagai teks pembelajaran sastera, cerpen ini mempunyai beberapa kekuatan tersendiri. Jalan cerita ‘Menatap Wajahnya’ diwarnai teknik imbas kembali dan disulam penulis agar menjadi satu jalan cerita yang mudah difahami. Namun, penulis juga berjaya memastikan isi cerpen ini berkesan dalam menyampaikan amanat yang terselindung; manusia tidak harus menjadikan kekurangan diri sebagai satu halangan dalam hidup.

Penggunaan bahasa yang indah turut mendukung tema pengorbanan seorang guru terhadap anak didiknya seperti yang dapat dilihat dalam petikan ayat di atas. Selain itu penggunaan metafora seperti “memenjarakan keyakinanku” (halaman 65) berupaya menggambarkan bagaimana Cikgu Balkis memastikan Muliati tidak pernah patah semangat atau terlalu kerap membenarkan ‘manik putih menempias di pipi” (halaman 61) apabila berhadapan dengan kekecewaan.

Sebagai seorang guru yang berdedikasi, Cikgu Balkis banyak memberikan semangat kepada Muliati yang bak jatuh ditimpa tangga. Muliati telah kehilangan seluruh keluarganya dalam satu kemalangan jalan raya ketika di tingkatan dua dan di tingkatan lima pula, Muliati telah menjadi cacat dan tangan kirinya pula kudung akibat terjatuh dalam satu gaung yang curam semasa ekspedisi Kelab Kembara sekolahnya. Cikgu Balkis, guru kelas Muliati ketika di tingkatan dua, telah membantu menyara persekolahan Muliati serta membenarkan Muliati menumpang kasihnya memandangkan Cikgu Balkis sendiri masih belum dikurniakan cahaya mata. Sayangnya, setelah Muliati melanjutkan pelajaran di universiti, Cikgu Balkis semakin menjauhkan diri. Alasannya bahawa suami Cikgu Balkis inginkan beliau memberi lebih tumpuan kepada anak mereka ternyata hanya satu helah. Di hujung cerita Muliati mendapat tahu sebab sebenar Cikgu Balkis menjauhkan diri; bahawa Cikgu Balkis sendiri menderita satu penyakit yang ganjil selama bertahun-tahun dan kini sedang menjalankan rawatan di London.

Sumber: Fotosa

Secara keseluruhannya, kejutan-kejutan dalam cerpen ini mungkin dianggap terlalu mendadak kerana terlalu banyak nasib malang yang menimpa watak-wataknya. Namun, apabila difikirkan sejenak, kejadian-kejadian ini mengukuhkan pepatah ‘malang tidak berbau’. Walau bagaimanapun, sebagai manusia, usaha yang gigih dan ketabahan hati adalah perlu. Ini pastinya menjadikan pengorbanan untuk mencapai kejayaan satu memori pahit manis seperti yang dapat dijengah dalam cerita hidup Muliati.

Pengorbanan Sang Semut
Sumber: Wordpress

Pabila terbitnya sinar mentari

Kelihatan Sang Semut mula berdikari

Walaupun sisa, itulah rezeki

Buat santapan keluarga menanti.

Kuasa deria sebagai panduan

Bergegas mencari, bukan perlahan

Selagi tiada sebarang pungutan

Sang semut bertahan mencari makanan.

Tergopoh-gapah ia menuju

Kembalinya juga terburu-buru

Terkapai-kapai bergerak laju

Ia mengangkut bebanan itu

Dedahan ranting ia lalu

Bebatu kerikil di setiap penjuru

Perjalanan pulang penuh berliku.

Namun Sang semut tetap bersungguh

Walau tujuan masih jauh

Tidak dihirau penat dan peluh

Setiap dugaan tabah ditempuh.

Mu yang mahu
daripada Izzati

Sumber: Flickr

Mu

Yang menantikan kedatangan

Setiap tahun bulan Ramadan

Ditindih angan-angan

Bukan sembarangan

Hajat hendak sempurnakan perayaan

Memberatkan raya

Melengahkan puasa

Sibuk di gedung menjadi syurga

Dapatkah pahala dikecapi?

Kerana niatnya sudah lari

Mu

Yang diselubungi harapan beku

Tidak putus mendahagakan

kurnia dan rezeki

Mu meminta secebis belas

Daripada insan yang tak mengharapkan balas

Namun kadang kala tetap terjerat

Dalam kehausan di tengah kesenangan

Mu

Yang teringin mendekati insan tersayang

Sunyi tanpa teman disisi

Terkenang

Tatkala fajar menyingsing

Tergenang

Pabila malam menyepi

Menatap wajah yang tak dapat kembali

Mu yang malang menginginkan yang sayang

Mu

Yang terus-menerus mengabdikan diri

Tak kira malam atau pagi hari

Menghias diri si rohani

Ditemani hati nurani

Namun tatkala menyedari

Bulan yang mulia kian menjauhi

Terasa sebak perasaan ini

Siapa tahu dapat berjumpa lagi?

Mu

Semua menyambut Ramadan

Tapi berlainan harapan dan keadaan

Yang senang janganlah alpa

Yang susah diberi bantuan

Yang sepi jangan menyepi

Ramadan yang suci

Surat Kepada Ayah
daripada Azran Abdul Rahman

dikupas oleh Diyana

Sumber: Blogspot

Ayahanda,

hari ini kuterima suratmu

gembiranya hati mendapat berita

keluarga kita sihat semua.

Syukur,

anakanda di sini

tidak kurang apa-apa

kawan-kawan banyak di asrama

semuanya baik-baik belaka.

Anakanda tidak akan lupa

semua nasihat dari ayahanda

kita memang bukan orang berada

hanya kaya budi bahasa

percayalah ayahanda

anakanda tidak akan lalai

pelajaran tetap anakanda utamakan.

Sekian dahulu kali ini

salam untuk ayahanda dan bonda

salam juga untuk adik-adik tercinta.

Selain perutusan dan pengajaran yang terang lagi nyata, sajak ini juga mengetengahkan niat si pelajar untuk tidak menghampakan ayahnya dengan berjanji untuk menjadikan pelajaran keutamaan. Seringkali apabila kita mendengar perkataan harapan, kemungkinan besar kita akan terbayangkan tentang harapan diri kita. Melalui sajak ini Azran Abdul Rahman ingin mengingatkan para pembaca bahawa orang di sekeliling kita juga mempunyai harapan terhadap kita, terutama sekali ibu bapa kita yang ingin melihat anaknya berjaya di dalam hidup. Sebagai seorang anak, seperti mana yang disyorkan penyajak, kita haruslah mengenang ibu bapa kita dan tidak menghampakan harapan mereka. Di dalam karya ini, si pelajar mejadi sandaran keluarganya yang kurang berkemampuan dari segi kewangan lantas harapan keluarganya sekaligus bertindak sebagai tuntutan tanggungjawab ke atas dirinya. Melalui sajak ini, kita dapat mempelajari bahawa harapan itu bukan sekadar sesuatu yang boleh dibiarkan di atas angin lalu tetapi harus dijadikan permulaan sesuatu usaha ke arah sesuatu, contohnya usaha mengeluarkan keluarga daripada lingkaran kemiskinan sebagaimana yang tersingkap di sebalik sajak ini.

Lantas, para pelajar haruslah bekerja keras untuk memenuhi harapan yang ingin dicapai. Dengan usaha dan sikap tidak kenal putus asa, harapan akan menjadi kenyataan. Insya’Allah.