Akudeta.com

Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan
Sumber:canberra.edu.au

George Bernard Shaw pernah berkata, “Youth is wasted on the young” (Zaman belia terbuang begitu sahaja bagi si remaja). Namun, saya tidak berpendirian sedemikian. Bagi saya, usia remaja merupakan saat di dalam kehidupan di mana kita harus sentiasa memburu cita-cita, berbekalkan semangat dan sokongan padu orang di sekeliling, terutamanya keluarga, para pendidik dan teman-teman. Mungkin ada sesetengah remaja yang memperlekehkan saat yang genting ini kerana menurut mereka, ada hari esok yang boleh memperbetulkan kegelinciran yang lepas. Namun, lebih ramai lagi remaja yang pandai memanfaatkan saat yang kritikal ini untuk membina paksi kukuh demi menempuhi hari muka yang belum diketahui.

Saya sempat mewawancara seorang belia yang menjadikan kekata “genggam bara api biar sampai jadi arang” sebagai kekunci hidupnya. Beliau ialah Nur Efydayana Aditijawarman (22 tahun), seorang penuntut tahun terakhir di Politeknik Republik (RP) yang mengambil jurusan Customer Relations and Service Management, sebuah bidang yang memperkasakan si penuntut dengan kerencaman ilmu, seperti pengurusan bisnes, pemasaran, servis tetamu dan sebagainya.

Sewaktu mewawancaranya, terdetik juga di hati saya untuk menanyakan sedikit sebanyak mengenai projek tahun akhirnya atau lebih dikenali sebagai Final Year Project (FYP). Beliau menceritakan bahawa kumpulannya telah menjadikan teori Daniel Goleman iaitu emotional intelligence (EQ) atau kepakaran emosi sebagai dasar projek mereka. Mereka ingin menguji samada seseorang yang mempunyai EQ yang tinggi dapat melahirkan prestasi yang lebih cemerlang di arena pekerjaan, berbanding mereka yang mempunyai EQ yang lebih rendah. Jika kenyataan ini ternyata sahih, maka mereka berharap dapat menambah nilai kepada politeknik mereka dengan menyarankan agar setiap pelajar yang menuntut di sana menjalani kursus praktikal dan teori dalam meningkatkan EQ mereka. Ini, menurut mereka, akan memastikan bahawa bekas penuntut RP akan mempunyai kualiti pekerja yang diinginkan dan mampu berdaya saing dengan orang ramai di luar sana.

Saya juga sempat menanyakan kepadanya tentang debat ‘Polytechnic versus Junior College’ ini. Maklumlah, kebelakangan ini, politeknik tidak hanya merupakan alternatif kedua selepas maktab rendah, malah merupakan pilihan pertama bagi sesetengah mereka yang mempunyai keputusan cemerlang. Beliau akur bahawa kursus-kursus di politeknik memperkayakan si penuntut dengan kemahiran pekerjaan yang diperlukan syarikat-syarikat. Baginya, beliau bersyukur kerana sistem RP agak berlainan sedikit kerana ia memupuk pembelajaran menerusi penganalisaan masalah atau problem-based learning. Ini menjadikan para penuntut lebih dinamis dalam proses pembelajaran dan meningkatnya daya interaksi dan semangat berpasukan mereka, yang sangat diperlukan untuk sebarang projek atau tugasan yang diberi.

Namun apa yang lebih penting baginya, adalah pilihan jalan hidup masing-masing. Bagi mereka yang bercita-cita tinggi masuk ke universiti, pilihan untuk ke maktab rendah mungkin lebih sesuai kerana cabaran langkah ke universiti dari politeknik sangat mencabar. Natijahnya, beliau menyarankan agar para remaja bijak mengukur baju di badan sendiri dan memilih sesuatu bukan kerana pengaruh atau tekanan, tetapi mengikut kemahiran dan minat masing-masing.

Sumber: moe.gov.sg

Baginya, tidak kira bidang apa pun yang dipilih seseorang pelajar itu, cabaran pemohon kerja tetap sama. Seseorang itu tidak hanya harus bersaing dengan mereka yang dinamakan foreign talent atau pekerja asing, malah harus juga peka dengan fenomena yang di luar kawalan manusia seperti krisis ekonomi dan sebagainya.

Melanjutkan tentang pelan jangka pendeknya, Efydayana berkata bahawa beliau bercadang untuk memanfaatkan salah satu bidang tukikan Singapura, iaitu industri pelancongan dan perhotelan demi melakarkan kerjaya pada masa hadapan. Baginya, pembukaan tempat-tempat tarikan pelancong seperti Resorts World Sentosa – Universal Studios Singapore bakal menjanjikan banyak peluang pekerjaan yang didambakan, apatah lagi semenjak iklim ekonomi murung kebelakangan ini.

Seperti yang dikatanya, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Perihal Membuat Pilihan
Sumber: Flickr

Petiakan sekeliling,

cedok intipati,

jadikan tauladan

Imbas sejarah,

selami iktibar,

jadikan pegangan

Lakar langkah,

semak cita-cita,

jadikan impian

Ikut benak,

kikis dengki,

jadikan ingatan

Hurai persoalan,

tanya bijak pandai,

jadikan sandaran

Ambil mizan,

elok tidaknya,

jadikan pertimbangan

Natijahnya

tinjau masak-masak baru buat pilihan.

Badan Sihat, Minda Pun Sihat
Apakah cara yang lebih baik untuk memulakan tahun baru daripada bersukan sambil bersama keluarga dan rakan-rakan? Inilah yang telah dilakukan sekitar 300 orang yang terdiri daripada anggota pihak Masjid Tentera, mahasiswa Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) dan anggota masyarakat di acara ‘Badan Sihat Minda Pun Sihat 2 (BSMPS2).

Sumber: Facebook

Acara ini telah dianjurkan oleh pihak Masjid Tentera dan NUS Muslim Society (NUSMS) buat julung kalinya pada 10hb Januari 2010 di Kelab Masyarakat West Coast (West Coast CC). Ia merupakan acara penutup bagi kegiatan-kegiatan keluarga yang telah dianjurkan Masjid Tentera bagi para penduduk di daerah Clementi dan West Coast.

Bermacam-macam kegiatan yang telah diadakan pada hari itu, antaranya sesi bersenam untuk semua lapisan masyarakat, termasuk penduduk yang menetap berdekatan dengan West Coast CC, dan pertandingan bola sepak bagi kanak-kanak di bawah umur 14 tahun. ‘Challenge Trophy’ antara Masjid Tentera dan mahasiswa NUS, dimana kedua-dua pihak telah bersaing dalam beberapa acara sukan, dan ‘Family Telematch’ untuk keluarga-keluarga yang hadir, merupakan keemuncak acara.

Selain kegiatan bersukan, semua yang hadir di West Coast CC pada hari itu juga telah terhibur dengan persembahan dari Didi Cazli dan kumpulan dikir barat NUS. Gabungan bersama NUSMS bagi acara penutup ini merupakan satu usaha bagi kedua pihak untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara Masjid Tentera dan mahasiswa NUS.

Seperti yang dikatakan Ahmad Aizat Rahmat, Presiden NUSMS, “Sudah menjadi tanggungjawab kami sebagai mahasiswa untuk berbakti kepada masyarakat dan menyokong jiran kami. Jiran terdekat mahasiswa NUS adalah Masjid Tentera dan memang penting untuk kami bekerjasama agar pertalian menjadi semakin baik.”

Sumber: Facebook

Ketua acara dari pihak NUSMS, Nur Khairun Husaini, juga berkongsi pendapat. Baginya, acara BSMPS2 adalah satu permulaan bagi pihak Masjid Tentera dan mahasiswa NUS untuk bekerjasama dalam pelbagai acara lain.

Bukan sahaja pihak penganjur yang dapat merasakan pengeratan silaturrahim yang BSMPS2 telah kecapi, bahkan para mahasiswa NUS dan sukarelawan Masjid Tentera turut dapat mengenali satu sama lain.

Sebagai persambungan bagi BSMPS2, pihak Masjid Tentera telahpun mengadakan acara makan malam di Masjid Tentera pada 23hb Januari 2010. Dengan acara kecil-kecilan sebegini, memang sangat diharapkan agar pertalian diantara mahasiswa NUS dan Masjid Tentera akan semakin rapat, terutama memandangkan kami semua berjiran.

Rumah
Sumber: Wordpress

Jika sepuluh orang ingin memasuki sebuah rumah, dan

hanya sembilan yang menemukan jalan masuk,

yang kesepuluh mestinya tidak mengatakan,

“Ini sudah takdir Tuhan.”

Ia seharusnya mencari tahu apa kekurangannya.

-Jalaluddin Rumi

Puisi ini telah dikarang oleh Maulana Jalaluddin Rumi, seorang ahli Sufi yang amat masyhur dari Negara Parsi dalam abad ke 13. Apa yang telah menarik perhatian saya mengenai puisi ini adalah keringkasannya dari segi pemilihan kata dan penyampaiannya. Ia tidak perlu bergantung pada pembangunan kata yang ‘puitis’ dari segi penggunaan unsur-unsur bahasa kesusasteraan seperti metafora dan simbolisme. Teknik ini malah membantu menyampaikan mesej puisi ini dengan amat berkesan dan mendalam, terutama baris yang terakhir yang berbunyi, “Ia seharusnya mencari tahu apa kekurangannya.” Baris ini sahaja cukup untuk merangkumi pesanan yang ingin disampaikan dalam karya ini.

Ada beberapa perkara yang dapat digarap menerusi puisi yang hebat ini. Mesej yang paling ketara adalah kepentingan sikap bermuhasabah diri dan tidak menyalahkan takdir. Puisi ini menekankan tentang kepentingan mencari jalan keluar tatkala berhadapan dengan masalah. Ini kerana meskipun kita seolah-olah dilepaskan dari peluang untuk melakukan sesuatu, tidak semestinya kita terus berputus asa. Malah apa yang lebih penting adalah untuk mencari sebab-sebab atas mengapa kita terlepas daripada menerima peluang itu.

Puisi ini, dengan keringkasannya dari segi pemilihan kata, amat berkesan dalam menyampaikan mesej yang amat mendalam. Ia amat mudah difahami oleh pembaca awam, namun pada masa yang sama, amat berkesan dalam mengajak kita berfikir secara serius.

Pilihan
Salam buat pembaca Akudeta,

Sumber: photo.net

Bertemu kita sekali lagi di tahun yang baru.

Sempena kehadiran 2010, pasti ada yang terkenang akan memori pahit manis tahun 2009. Antara perkara yang telah mendapat perhatian media dan masyarakat am pada tahun lalu adalah pandemik influenza H1N1, Persidangan Perubahan Iklim PBB di Copenhagen dan juga isu kebobrokan masyarakat Melayu Singapura. Namun, 2009 juga telah diwarnai oleh kemenangan bagi pelbagai lapisan masyarakat dunia, antaranya penganugerahan Hadiah Nobel Keamanan kepada Presiden Barack Obama, sehinggalah ke kemenangan Sezairi Sezali dalam Idola Singapura.

Dengan harapan bahawa 2010 akan lebih cerah bagi semua, Akudeta tampil menyentuh seperkara yang lumrah dalam kehidupan, yakni Pilihan. Pilihan adalah asas kepada semua yang dilakukan.

Sumber: photo.net

Menerusi Lensa Kampus, kami mengetengahkan dua kegiatan anjuran mahasiswa NUS yang telah memilih untuk melakukan sesuatu yang bermakna bagi para siswa-siswi dan juga masyarakat. Santai pula menjenguk isu Fandom yang semakin berleluasa. Pelbagai karya para penulis Akudeta turut dapat dibaca dalam ruangan lainnya. Setelah membaca, jangan lupa untuk menyertai Kuiz Akudeta kerana anda berpeluang memenangi hadiah istemewa daripada kami.

Akhir kata, kami di Akudeta ingin mengucapkan Selamat Menyambut 2010 dan semoga maju jaya. Semoga segala hidangan Akudeta terus menjadi santapan segar minda anda!

‘Fandom’
Sumber: Wordpress

Hyrulites

Didifiers

Fiknatiks

HapyHadys.

Kalau anda terpinga-pinga, jangalah khuatir. Nama-nama di atas merupakan kelab peminat Hyrul Anuar, Didicazli, Taufik Batisah dan Hady Mirza. Sekiranya anda dapat mengecam maksud perkataan di atas, andalah salah seorang daripada jutaan manusia yang sedang dilamun sebuah fenomena. Fenonema yang melanda ini bukanlah suatu yang asing lagi dan ia telah menarik perhatian para-para pengkaji yang sedang memerhatikan tren fandom ini.

Apa itu fandom? Fandom ialah istilah yang ditujukan kepada peminat-peminat yang mempunyai minat yang mendalam akan sesuatu dan ia sering dikaitkan dengan selebriti dan dunia hiburan. Pada amnya, ia lebih menyeluruh kerana ia juga meliputi peminat-peminat buku, sukan dan banyak lagi.

“Pada hemat saya, fandom boleh meransang kreativiti. Di livejournal.com, peminat-peminat dapat menulis sebuah cerita berdasarkan watak ataupun drama yang mereka minati. Ia juga menimbulkan semangat kekitaan kerana mereka mempunyai satu minat seperti minat kepada pelakon Edward Cullen ataupun Harry Potter. Saya tidak setuju jika fandom disamakan dengan peminat fanatik kerana perkataan fanatic bunyinya terlalu negatif. Kalau dengan cara ini, peminat dapat mengasah dan menunjukkan bakat menulis, apa salahnya?” jelas Khadijah Setyo, 22 tahun apabila ditanya jika fandom hanya nama pengganti bagi fanatik.

Sumber: twilightsingapore.com

Salah satu kelab peminat yang menarik perhatian saya ialah Twilight Singapore. Ia merupakan sebuah blog yang ditubuhkan khas untuk peminat Twilight di Singapura pada 24th Mei 2008. Laporan terkini dari dalam dan luar negara sering dikemaskinikan oleh moderator kelab. Aktiviti mereka merangkumi perbincangan buku siri Twilight, menonton filem Twilight bersama-sama dan mereka juga telah menyambut ulang tahun yang pertama pada Mei lalu di East Coast Park.

Ternyata fandom merupakan salah suatu cara bagi para peminat mengongsi dan bertukar pendapat dengan mereka yang mempunyai minat yang serupa. Kalau dilihat di sudut yang negative, fandom mungkin membuang masa tetapi pada hemat saya, ini lebih baik daripada membuang masa berlepak di luar. Kegiata-kegiatan yang diadakan juga bermanfaat dan membuat minda kita terus aktif. Sememangnya, fenomena ini akan berterusan.

Berhibur Dengan Chipmunks!
Sumber: moviereviewintelligence.com

Pada musim cuti sekolah yang lalu, teman-teman Alvin telah menggegarkan panggung wayang dengan pelbagai lagu bergenre ‘rock and roll’ dalam filem Alvin and the Chipmunks: The Squeakquel Movie. Ia termasuk Bad Day dan Christmas Don’t Be Late. Walaupun cerita ini dikatakan telah menerima banyak kritikan dari segi jalan cerita yang kurang memuaskan, namun watak dan perwatakan yang ditampilkan tetap menarik. Ia ditambah pula dengan gaya nyanyian dan tarian yang membuat terhibur dan tidak kering gusi.

Pembukaan cerita telah menampilkan Chipmunks berpesta di atas pentas. Tidak lama kemudiannya, Alvin telah mengakibatkan suatu kemalangan di mana Dave terpaksa dikejarkan ke hospital. Namun, Dave telah menyusun rancangan agar Chipmunks pergi ke sekolah dan diletak dalam jagaan seorang pengasuh. Ini berdasarkan kepercayaan Dave bahawa Chipmunks harus mendapat pendidikan yang sempurna. Pelbagai kegiatan yang seronok berlaku di sekolah. Namun, Ian Hawke pulang dengan adegan nakal untuk menjatuhkan Chipmunks dan mengambil kesempatan ke atas kebaikan Chipettes.

Cerita ini boleh ditonton oleh seisi keluarga. Filem ini memberi focus pada kehidupan di sekolah dan peraduan pancaragam. Namun, berbanding cerita Alvin pada musim pertama, boleh dikatakan lebih banyak unsur konflik dipaparkan kerana di sinilah ketegangan perhubungan Alvin dan Dave tercetus.

Sumber: moviereviews.brushwrites.com

Kalau diberi pilihan, saya lebih terdorong memilih cerita Alvin and the Chipmunks musim pertama kerana ia lebih menyerlah. Ini kerana jalan cerita dan unsur emosi yang dipaparkan lebih menarik. Ceritanya banyak kekuatan berbanding cerita kartun yang biasa dapat ditonton di saluran tempatan.

Walaubagaimanapun, anda boleh menonton cerita ini untuk melegakan tekanan setelah sehari suntuk bekerja atau belajar kerana watak kartun Chipmunks amat comel belaka. Perwatakan Alvin yang dianggap sebagai selamba, kaca mata Simon yang comel dan pandangan kritis oleh Theodore boleh dikatakan cukup untuk membuat kita terpaut dengan filem ini pada pandangan pertama.

Resolusi
Sumber: photo.net

Untuk mengubah dunia, kita harus terdahulu mengubah diri sendiri.

Mengenangkan tahun 2009 yang baru berakhir, dunia kini telah melangkah ke sebuah dekad baru. Bagi ramai insan, permulaan tahun merupakan saat penting di mana azam lama diperbaharui dan matlamat peribadi bagi tahun baru dilakarkan. Dalam melakarkan azam tahun baru, ramai yang pastinya penuh dengan semangat yang berkobar-kobar. Ada yang ingin memperbanyakkan senaman, ada yang ingin mendapatkan hobi baru dan ada pula yang berharapan dapat memantapkan ehwal kewangan. Namun sayangnya, apabila bulan silih berganti, tidak kurang pula golongan yang mula patah semangat sehingga azam tahun baru tinggal niat sahaja. Jika diperhatikan, apakah puncanya ada sesetengah pihak yang terus berjaya memenuhi matlamat mereka tahun demi tahun, sementara ada pula yang gagal?

Pelbagai faktor perlu diambil kira, antaranya keadaan sekeliling, tahap komitmen dan kemampuan diri. Jika seseorang menetapkan matlamat yang tinggi melangit sebagai azam tahun baru, di hujung tahun mereka akan mendapati diri mereka telah kecundang. Justeru, dalam melakarkan azam tahun baru, kita haruslah bersikap realistik. Ini tidak bermakna menetapkan matlamat yang terlalu mudah. Berbuat sedemikian sama seperti mengaku kalah sebelum mencuba. Mencabar diri sendiri untuk menjadi lebih baik memang perlu, tetapi hendaklah mengikut kemampuan diri.

Selain daripada diri sendiri, pakar-pakar motivasi selalu memperkatakan pentingnya keadaan sekeliling kita. Bagi memastikan azam tahun baru dicapai, kita boleh menetapkan matlamat yang sama dengan teman-teman atau ahli keluarga. Melalui cara ini, matlamat tersebut dapat dicapai bersama-sama. Jika perkara tersebut tidak dapat dilakukan, memberitahu orang-orang di sekeliling azam tahun baru juga dapat membantu. Jika kita berbuat sedemikian, sekurang-kurangnya orang yang ada disekeliling dapat menjadi pendorong dan penyokong ke arah kejayaan dalam apa jua yang dilakukan.

Sumber: photo.net

Apabila membuat azam tahun baru, ada yang melihat jangka masa setahun sebagai had masa lama untuk memenuhi azam tahun baru. Lantas, timbul sikap berlengah dan memperlambatkan kerja. Ini boleh menjadi satu masalah kerana sikap tersebut mungkin berlarutan sehingga akhir tahun. Seperti pilihan-pilihan yang dibuat sehari-harian, kita seharusnya cuba melatih diri agar membuat pilihan-pilihan yang tepat secara sedar lalu melaksanakannya. Sekiranya kita melengahkan langkah-langkah terhadap memenuhi sesuatu azam, lama-kelamaan kita akan terus menjadi malas dan secara tidak sedar, masa berlalu dan kita kerugian. Yang anehnya, apabila kita perlu membuat pilihan untuk perkara remeh-temeh dalam kehidupan sehari-harian, sebagai contoh, memilih bijirin apa yang ingin dimakan waktu sarapan, kita selalunya membuat pilihan dengan cepat dan terus melaksanakannya. Namun, dalam memenuhi azam yang dibuat dan tugasan-tugasan besar yang lain, ada yang berlengah-lengah. Jika sikap pantas dalam membuat pilihan dan melaksanakannya dapat dipupuk dalam diri, tidak mustahil sesebuah impian mahupun azam tahun baru, tidak dapat dicapai.

Justeru, bagi memastikan kesemua azam tahun baru dapat dijadikan realiti, rombak balik azam tersebut agar bersesuaian dengan diri, pastikan orang di sekeliling tahu akan azam tersebut lantas mendorong kita, dan pupuk dalam diri sikap pantas memilih lalu melaksanakan tugas. Semoga kita semua berjaya mencapai resolusi pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang.

Forum PBMUKS-MSS: Mengupas Isu Kelas Bawahan Melayu Singapura
Sumber: Facebook

Kelas Bawahan Melayu Singapura semakin berleluasa, apakah penyelesaiannya?

Masalah sosial dalam masyarakat Melayu sering mendapat perhatian media. Masalah-masalah ini dihubung-kaitkan dengan keluarga pincang, pendapatan rendah dan tahap pendidikan rendah. Baru-baru ini pula masalah kebobrokan masyarakat hangat diperkatakan. Ini menyusuli insiden tragik, pembunuhan Allahyarham Muhammad Nor Rashidy Rahmat atau ‘Edy’ pada November lalu.

“Menyusuli kejadian ini, Dr Yaakob Ibrahim, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarkat Islam, telah menyuarakan kebimbangannya terhadap kurangnya perhatian diberikan serta tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah kepincangan keluarga dalam masyarakat kita. Jika isu ini tidak disentuh sekarang, satu golongan kelas bawahan akan wujud,” kata Izzati Umar, penganjur forum PBMUKS-MSS yang bakal diadakan pada 29hb Januari 2010. Forum ini mengajak mahasiswa dari universiti-universiti setempat [NUS, NTU, SMU, SIM] untuk berkongsi pendapat dan bersama-sama mencari jalan huraian bagi masalah yang berat ini.

“Melalui forum ini, kami berharap siswa-siswi dapat menyuarakan pendapat mereka. Mungkin mereka dapat mencadangkan huraian bagi menangani isu sosial ini, supaya ia tidak berlarutan,” tambah Izzati Umar. Forum ini turut akan mengetengahkan persoalan golongan kelas bawahan. Seperti yang dapat diperhatikan, menyusuli kenyataan daripada Dr Yaakob Ibrahim, terdapat banyak keratan akhbar yang memaparkan masalah keluarga pincang. Masalah kepincangan keluarga turut kian dikaitkan dengan perkahwinan pada usia muda, dan ditakuti masalah ini akan berlarutan sehingga menjejas generasi akan datang. Di sinilah golongan kelas bawahan ditakuti akan berleluasa dan menyekat lagi usaha membangunkan masyarakat Melayu agar setanding dengan kaum-kaum yang lain. Oleh itu lingkaran musibah ini harus dihentikan.

Sumber: www.montclair.edu

Ada juga yang menggesa masyarakat agar lebih responsif terhadap masalah ini. Masalah berat seperti ini perlu rangka huraian yang menyeluruh serta usaha gigih daripada masyarakat kita sendiri. Menyusuli kebimbangan ini juga, Dr Maliki Osman mendedahkan inisiatif kerjasama badan-badan Melayu dan NUS dalam mengkaji dan mencari punca kepincangan dan bagaimana ia berlaku. Dalam menghadapi masalah ini kepakaran amat diperlukan supaya ia boleh ditangani dari pangkalnya. Justeru, sebagai mahasiswa, kita mampu menyumbang sedikit sebanyak kepada isu-isu sosial masyarakat, dan forum ini boleh dijadikan platform bagi kita mengetengahkan perspektif mahasiswa. Jika anda berminat untuk menyertai forum ini, sila rujuk ke poster yang disertakan.

Pengorbanan
Satu perkara mulia yang sering dikaitkan dengan seseorang yang telah melakukan suatu sumbangan yang amat besar. Yakni apabila seseorang meninggalkan sesuatu demi orang yang tercinta ataupun seseorang yang sanggup mengerahkan seluruh keringatnya untuk membantu mereka yang susah.

Sumber: Wordpress

Tatkala itu, kita alpa akan pengorbanan-pengorbanan yang kecil. Sebagai pola, seorang ibu membelikan anaknya boneka walaupun dia terpaksa melupakan niatnya untuk mendapatkan beg berjenama. Begitu juga, pengorbanan seorang teman yang menghulurkan nota 2 dolar kepada sahabat yang telah kehilangan beg duitnya.

Masih terngiang-ngiang di fikiran saya akan pengorbanan ayah saya yang nampaknya kecil tetapi amat bermakna. Beliau telah menyediakan roti john dan mengambil cuti demi untuk menghantar saya ke temuduga bagi kemasukan universiti. Ayah juga telah bernazar untuk berpuasa selama seminggu tanpa henti jika saya diterima. Ayah juga telah membeli epok-epok khas untuk saya kerana saya merengek meminta dimanjaai. Lucu bukan? Itulah pengorbanan ayah saya yang tercinta.

Sumber: Blogspot

Akudeta edisi November kembali dengan artikel-artikel dan karya-karya yang padat lagi menusuk di hati. Daripada pengorbanan Encik Mohd Anuar menempuhi dugaan dalam Cabaran Subaru Impreza kepada pengorbanan sang semut untuk koloninya, pasti edisi kali ini dapat mencuit hati anda dan membuat anda berfikir sejenak akan pengorbanan yang telah anda lakukan.

Bukan itu sahaja, lelaman kami telah diberi nafas baru dengan buah strawberi dijadikan lambang kesegaran dan juga kemudahan ‘search’ yang membolehkan anda mencari artikel-artikel atau karya-karya lama akudeta. Kami juga mempunyai ruangan terbaru iaitu Kuiz Akudeta! dan mereka yang menjawab dengan tepat akan berpeluang untuk mendapat wang tunai ataupun baucar makanan.

Tambahan lagi, jika anda mahu mengongsi sesebuah artikel, anda hanya perlu menekan “Kongsi di Facebook”. Anda juga berpeluang untuk memberi komen terus kepada sesebuah artikel di ruangan yang disediakan.

Sebelum mengakhiri nota editor ini, saya mewakili kumpulan penulis Akudeta.com ingin mengucapkan semoga maju jaya kepada para mahasiswa yang sedang sibuk membuat persiapan untuk peperiksaan yang akan tiba tidak lama lagi. Sehingga kita berjumpa lagi di edisi yang seterusnya. Wasalam.