Oleh Shafienas Salleh untuk edisi October 2011
Assalamualaikum!
Alhamdullilah, bertemu lagi kami kali ini, di lembaran baru Akudeta.com untuk tahun akademik baru NUS 11/12. Sememangnya, kami sangat teruja dan bersyukur kerana dapat memulakan tahun akademik ini dengan anda semua. Bak kata pepatah Melayu, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Selain itu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada penulis-penulis dan pembaca–pembaca setia Akudeta atas sokongan yang diberikan.
Sebagai permulaan, edisi pertama Akudeta akan menyediakan pelbagai rencana-rencana yang bukan sahaja menarik malah bermanfaat untuk bacaan anda semua. Rencana-rencana seperti Bicara Minda, Lensa Kampus, Santai dan Sastera Siswa akan diterbitkan pada akhir bulan Oktober nanti. Pastikan anda semua tetap menunggu dengan sabar dan setia di Akudeta ya! Kami juga akan memperbaharui lagi AkuDeta jadi sediakanlah diri anda dengan semangat yang berkobar-kobar untuk mengharungi revolusi mini kita ini.
Kami berharap dapat membabitkan anda sekalian dalam isu-isu dan hal-ehwal walaupun hanya dalam ruang perbincangan sahaja. Oleh itu janganlah takut-takut atau segan silu untuk meluahkan pendapat-pendapat anda semua.
Pastinya, besar harapan kami agar penerbitan Akudeta dapat terus menyumbang kepada kerohanian, intelluaktisme dan perkembangan individu-individu dengan wadah ini. Moga-moga ia dapat menjana, memangkin dan membangunkan kita untuk terus menuju ke arah masyarakat yang rabbani.
Sebelum berpisah, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penerbitan dan menjayakan Akudeta sepanjang tahun akademik 10/11.
Bagi mereka yang berminat untuk menyumbangkan artikel, anda boleh hubungi kami di penerbitan@pbmuks.org.

Sehingga bertemu lagi di lain waktu, Salam sayang dan Salam sejahtera dari kami!
Wassalam,
Nurul Shafienas Salleh
Ketua Penerbitan/Head of Publication
PBMUKS ’11/’12
Faris Bin Ridzuan
Naib Ketua Penerbitan/Vice Head of Publication
PBMUKS ’11/’12
Teruskan Membaca
Oleh Editor untuk edisi August 2011
Assalamualaikum pembaca Akudeta
Ramadhan berkunjung lagi dan Alhamdulillah, diri ini diberi kesempatan untuk menyambut bulan yang mulia dan suci ini. Seiringan dengan itu, tahun akademik baharu NUS bakal bermula. Satu peluang yang baik rasanya untuk membuka lembaran baharu dalam kehidupan dan mudah-mudahan diisikan dengan catatan-catatan yang baik dan indah belaka.
Edisi terakhir Akudeta bagi tahun akademik 2010/2011 ini menyajikan aneka rencana untuk bacaan anda. Pemerhatian Zulqarnain Md Noor akan kehangatan menyambut bulan Ramadan di Singapura pula dikongsi melalui artikelnya “Kemeriahan Ramadan – Satu Frasa, Erti Berbeza”.
Bagi mereka yang baru bergelar mahasiswa/mahasiswi NUS, mungkin anda boleh meraih inspirasi dari Farah Nadia Jamalludin, seorang siswazah NUS yang telah merakamkan pengalamannya melalui artikelnya, “Mantra Seorang Mahasiswi”.
Selain itu, topika Santai untuk edisi kali ini padat dengan reviu tempat dan wayang serta pengalaman percutian di negara Sepanyol.
Dengan bermulanya tahun akademik baharu, jawatankuasa Akudeta.com juga bakal melalui perubahan untuk memberi ruang kepada bakat-bakat baharu. Akudeta.com pastinya akan menjadi terus mantap dan segar dengan kehadiran sekretariat penerbitan yang baharu. Bagi mereka yang berminat untuk menyumbangkan artikel, anda boleh hubungi kami di penerbitan@pbmuks.org.
Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah menjayakan Akudeta.com bagi tahun akademik 2010/2011. Terima kasih khas kami tujukan kepada pengendali lelaman, penulis, pembaca dan mereka yang telah memberikan sumbangan ikhlas kepada Sekretariat Penerbitan dalam usaha kami menjayakan Akudeta.com. Semoga anda terus menyokong Akudeta.com dan selamat menjalani ibadah puasa!
Noraz Syairah Azimi
Muhammad Sadiq Bin Samsudin
Teruskan Membaca
Oleh Editor untuk edisi May 2011
Assalamualaikum!
Dengan berakhirnya peperiksaan penggal kedua, tahun akademik 2010/2011 di NUS kini berada di dalam lipatan sejarah. Pasti ramai telah membuat perancangan untuk memanfaatkan musim cuti ini.
Bagi sekretariat penerbitan pula, kerja-kerja untuk menjayakan perkhemahan Perkampungan Bahasa 2011 berada di tahap kemuncaknya. Bakal dilangsungkan antara 6 haribulan Jun hingga 8 haribulan Jun di kampus NUS, perkhemahan anjuran PBMUKS ini bermatlamat untuk memberangsangkan minat para pelajar sekolah menengah terhadap bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut sila layari: http://www.akudeta.com/perkampungan-bahasa-2011/
Untuk edisi kali ini, penulis-penulis kami telah menghasilkan pelbagai rencana bertemakan ‘Perspektif’ buat santapan minda. Antara yang menarik adalah rencana “Indonesian Panggang” oleh penulis Muhd Sadiq yang telah merakamkan perspektif unik seorang pemilik gerai kegemaran ramai di NUS. Semoga anda terhibur dan selamat bercuti!
Sekian.
Noraz Syairah Azimi
Sekretariat Penerbitan ‘10/’11
Persatuan Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Singapura (PBMUKS)
Teruskan Membaca
Oleh Editor untuk edisi February 2011
Assalamualaikum kepada semua pembaca Akudeta yang disayangi.
Tema Akudeta edisi Februari adalah ‘pengorbanan’. Ikuti kisah pengorbanan seorang ibu melalui sajak ‘Mimpi Ibu’ oleh Naqiah Muhd Sumri manakala kisah pengorbanan seorang anak telah dipaparkan di dalam sajak saya, ‘Ambilah’. Penulis Muhammad Hafiz A. Malik telah berkongsi kisah pengorbanannya untuk mendapatkan koleksi model bas di dalam rencana ‘Pengorbanan Demi Minat: ____ Atau Bodoh?’ Bicara Minda pula memaparkan rencana ‘Hari Kekasih: Berkorban Apa Saja?’ oleh Zulqarnain Mohamad dan rencana ‘Dari Hati Jatuh Ke Hati: Keikhlasan Konsert Amal’ oleh Nur Fadhilah Salleh. Bagi segmen Lensa Kampus, penulis Amalina Kamal dan Noraz Syairah telah membuat liputan meluas bagi acara Cakap Petah 2011 yang berlangsung pada 29 haribulan Januari.
Saksikan gambar-gambar bagi acara Cakap Petah 2011 di Galeri Foto dan sebuah video khas bagi acara ini yang ditayangkan di Vodcast Akudeta.
Jangan lupa untuk menyertai ‘Kuiz Akudeta!’ bagi memenagi hadiah-hadiah menarik. Akhir kata, salam Maulidur Rasul 1432H.
Sekian,
Muhammad Sadiq Bin Samsudin
Naib Ketua Penerbitan/Vice Head of Publication
PBMUKS ’10/’11
Teruskan Membaca
Oleh Editor untuk edisi December 2010
Assalamualaikum kepada semua pembaca Akudeta yang dihargai,
Edisi Akudeta kali ini memaparkan pelbagai rencana bertemakan ‘ekstremisme’. Ikuti bagaimana sikap ekstrem dalam pemikiran keagamaan boleh memudaratkan masyarakat dalam artikel “Ketaksuban: Antara Sentimen dan Akal” yang dihasilkan Zulqarnain Mohamad. Impak negatif dari pemikiran ekstrem juga diketengahkan dalam artikel Nur Fadhilah Salleh, “Peminat atau Penghedap”, karya Naqiah Muhd Sumri, “Ekstremisme Dalam Seharian” dan sajak Muhammad Izwan Bin Othman, “Jerihnya Satu Pembalasan.” Imaginasi Muhd Farid Bin Mohd pula akan membuat anda terpukau dengan cerpen seramnya, “Seksa. “ Melalui artikel, “K.O.I – Kenapa Orang Idamkannya”, penulis Muhammad Hafiz Bin Abdul Salleh menyuarakan kemusykilannya tentang populariti minuman K.O.I yang luar biasa di kalangan masyarakat. Muhammad Hafiz A Malik pula akan berkongsi minatnya yang bertahap “ekstrem” terhadap bas dalam artikelnya, “Apabila Mengejar Bas Menjadi Satu Hobi.” Pada masa yang sama, Kamielah Khairoullah juga telah membuat liputan tentang acara “Kecoh-Kecoh Karnival 2010” yang akan berlangsung pada 22 haribulan Disember.
Jangan lupa untuk menyertai kuiz Akudeta.Com untuk memenangi hadiah-hadiah menarik. Perlantikan Ahli Jawatankuasa untuk Perkampungan Bahasa 2011 juga telah dibuka. Untuk maklumat lanjut, sila layari lelaman http://www.facebook.com/#!/event.php?eid=177268485634361.
Akhir kata, selamat bercuti dan Salam Muharram!
Sekian,
Noraz Syairah Bte Azimi
Ketua Penerbitan/Head of Publication
PBMUKS ’10/’11
Teruskan Membaca