Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca setia Akudeta yang dihargai
Alhamdulillah, edisi pertama Akudeta bagi tahun 2010/2011 akhirnya telah dilancarkan. Dengan usaha sekretariat baru untuk memantapkan lagi pengisian dan imej majalah maya ini, Akudeta.com telah diberi wajah, cogan kata dan logo baharu.
Logo baharu kami merupakan Huruf A besar yang berbentuk mosaik. Setiap serpihan berwarna melambangkan setiap topika di Akudeta.com:
Merah- Bicara Minda
Jingga- Santai
Biru-Lensa Kampus
Hijau- Sastera Siswa
Selaras dengan perubahan Akudeta.com yang bertujuan untuk bersifat lebih interaktif dan pengguna mesra, kami ingin memperkenalkan cogan kata baharu kami iaitu: “Menjana, Memangkin dan Membangun.”
Kami percaya Akudeta.com adalah tempat dimana pembaca dapat menjana minda lantas memangkin ke arah kemajuan agar dapat membangun demi membentuk masyarakat yang cemerlang.
Untuk edisi kali ini, pelbagai rencana bertemakan kemenangan telah kami paparkan dalam keluaran ini buat santapan semua. Jangan lupa juga untuk menyertai kuiz kami untuk memenangi hadiah-hadiah menarik.
Sekian,
Noraz Syairah Bte Azimi
Ketua Penerbitan/Head of Publication
PBMUKS ’10/’11
Muhammad Sadiq Bin Samsudin
Naib Ketua Penerbitan/Vice Head of Publication
PBMUKS ’10/’11
Teruskan Membaca

