Oleh Shafienas Salleh untuk edisi October 2011
Assalamualaikum!
Alhamdullilah, bertemu lagi kami kali ini, di lembaran baru Akudeta.com untuk tahun akademik baru NUS 11/12. Sememangnya, kami sangat teruja dan bersyukur kerana dapat memulakan tahun akademik ini dengan anda semua. Bak kata pepatah Melayu, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Selain itu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada penulis-penulis dan pembaca–pembaca setia Akudeta atas sokongan yang diberikan.
Sebagai permulaan, edisi pertama Akudeta akan menyediakan pelbagai rencana-rencana yang bukan sahaja menarik malah bermanfaat untuk bacaan anda semua. Rencana-rencana seperti Bicara Minda, Lensa Kampus, Santai dan Sastera Siswa akan diterbitkan pada akhir bulan Oktober nanti. Pastikan anda semua tetap menunggu dengan sabar dan setia di Akudeta ya! Kami juga akan memperbaharui lagi AkuDeta jadi sediakanlah diri anda dengan semangat yang berkobar-kobar untuk mengharungi revolusi mini kita ini.
Kami berharap dapat membabitkan anda sekalian dalam isu-isu dan hal-ehwal walaupun hanya dalam ruang perbincangan sahaja. Oleh itu janganlah takut-takut atau segan silu untuk meluahkan pendapat-pendapat anda semua.
Pastinya, besar harapan kami agar penerbitan Akudeta dapat terus menyumbang kepada kerohanian, intelluaktisme dan perkembangan individu-individu dengan wadah ini. Moga-moga ia dapat menjana, memangkin dan membangunkan kita untuk terus menuju ke arah masyarakat yang rabbani.
Sebelum berpisah, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penerbitan dan menjayakan Akudeta sepanjang tahun akademik 10/11.
Bagi mereka yang berminat untuk menyumbangkan artikel, anda boleh hubungi kami di penerbitan@pbmuks.org.

Sehingga bertemu lagi di lain waktu, Salam sayang dan Salam sejahtera dari kami!
Wassalam,
Nurul Shafienas Salleh
Ketua Penerbitan/Head of Publication
PBMUKS ’11/’12
Faris Bin Ridzuan
Naib Ketua Penerbitan/Vice Head of Publication
PBMUKS ’11/’12
Continue Reading
Oleh Editor untuk edisi August 2011
Assalamualaikum pembaca Akudeta
Ramadhan berkunjung lagi dan Alhamdulillah, diri ini diberi kesempatan untuk menyambut bulan yang mulia dan suci ini. Seiringan dengan itu, tahun akademik baharu NUS bakal bermula. Satu peluang yang baik rasanya untuk membuka lembaran baharu dalam kehidupan dan mudah-mudahan diisikan dengan catatan-catatan yang baik dan indah belaka.
Edisi terakhir Akudeta bagi tahun akademik 2010/2011 ini menyajikan aneka rencana untuk bacaan anda. Pemerhatian Zulqarnain Md Noor akan kehangatan menyambut bulan Ramadan di Singapura pula dikongsi melalui artikelnya “Kemeriahan Ramadan – Satu Frasa, Erti Berbeza”.
Bagi mereka yang baru bergelar mahasiswa/mahasiswi NUS, mungkin anda boleh meraih inspirasi dari Farah Nadia Jamalludin, seorang siswazah NUS yang telah merakamkan pengalamannya melalui artikelnya, “Mantra Seorang Mahasiswi”.
Selain itu, topika Santai untuk edisi kali ini padat dengan reviu tempat dan wayang serta pengalaman percutian di negara Sepanyol.
Dengan bermulanya tahun akademik baharu, jawatankuasa Akudeta.com juga bakal melalui perubahan untuk memberi ruang kepada bakat-bakat baharu. Akudeta.com pastinya akan menjadi terus mantap dan segar dengan kehadiran sekretariat penerbitan yang baharu. Bagi mereka yang berminat untuk menyumbangkan artikel, anda boleh hubungi kami di penerbitan@pbmuks.org.
Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah menjayakan Akudeta.com bagi tahun akademik 2010/2011. Terima kasih khas kami tujukan kepada pengendali lelaman, penulis, pembaca dan mereka yang telah memberikan sumbangan ikhlas kepada Sekretariat Penerbitan dalam usaha kami menjayakan Akudeta.com. Semoga anda terus menyokong Akudeta.com dan selamat menjalani ibadah puasa!
Noraz Syairah Azimi
Muhammad Sadiq Bin Samsudin
Continue Reading
Oleh Muhammad Hafiz Bin Salleh untuk edisi August 2011
Anda pasti pernah mendengar ungkapan bahawa, “Penantian itu suatu penyeksaan.” Ternyata, bagi mereka yang mengikuti buku bersiri Harry Potter sememangnya menunggu akan filem yang telahpun diadaptasikan daripada buku terakhirnya, Harry Potter and the Deathly Hollows. Oleh kerana bukunya yang begitu tebal, buku ketujuh yang ditulis …
Continue Reading
Oleh Noraz Syairah Azimi untuk edisi August 2011
Pantang melihat orang maju kita kalah Hati mula iri, mata mula sakit Api benci mula menyemarak Perasaan mual mula menjolok tekak Lalu mulut kita terus riuh mencaci dan mengeji Kelemahan dan kesilapan orang seronok kita cari Mengharap-harap bala bencana akan menimpa bertubi-tubi Menunggu, menanti kejatuhan …
Continue Reading
Oleh Muhammad Farid Bin Mohd untuk edisi August 2011
Sememangnya, kempen Bulan Bahasa ini merupakan acara dwitahunan. Memandangkan ramai di antara mahasiswa yang melibatkan diri dalam Bulan Bahasa pada tahun 2010 mahukan Bulan Bahasa ini diadakan secara bertahunan, Jawatankuasa Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) telah memutuskan bahawa Bulan Bahasa akan diadakan setiap tahun. Kenyataan …
Continue Reading