Tentang Kami

Akudeta.com merupakan majalah maya rasmi Persatuan Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Singapura (PBMUKS) dan diterajui oleh para anggota Sekretariat Penerbitan. Akudeta.com merupakan satu wadah di mana mahasiswa dapat menyumbangkan karya sastera serta meluahkan buah fikiran mengenai isu-isu kontemporari dan juga tradisional.

Sebelum penghijrahan ke alam siber, Sekretariat Penerbitan telah menghasilkan
majalah ‘Salam’ dalam bentuk makalah. Selari dengan tren meningkat generasi yang celik teknologi maklumat, lahirlah Akudeta.com. Akudeta merupakan singkatan dua perkataan ‘aku’ dan ‘kudeta’ yang turut bermaksud revolusi pemikiran yang dihijrahkan ke pena.

Untuk memantapkan lagi pengisian dan imej majalah maya ini, Akudeta.com telah diberi wajah, cogan kata dan logo baharu. Dengan perubahan Akudeta.com yang bertujuan untuk bersifat lebih interaktif dan pengguna mesra, kami berharap pembaca dapat menjana minda lantas memangkin ke arah kemajuan agar dapat membangun dan membentuk masyarakat yang cemerlang.

Bicara Minda

Lensa Kampus

Nota Editor

Santai

Sastera Siswa